Resdung Dan Sinusitis Ini Sama Atau Berbeza?

Biasa kalau kita bersin pagi-pagi dan sering selsema mesti dikatakan mengidap resdung kan? Pernah tak pergi cek dengan doktor? Tahu tak yang Resdung dan Sinusitis itu berbeza? Apakah yang membezakan resdung dan sinusitis ini? Jom kita baca lebih lanjut lagi.

Ubat Resdung, set resdung, set resdung shaklee, ubat alergi, allergy, sakit alergik, exzema, cara rawat resdung, sakit sinus, cara rawat sinus, beza sinus dengan resdung, cara baikkan resdung, herba resdung, jamu resdung, lilin resdung, penawar resdung

Kenali Resdung

Resdung ini pada Bahasa Melayu yang kita selalu sebut ialah penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Biasanya jika ada bersin dan gatal hidung dalam jangka masa yang lama dan sukar sembuh, kita akan beranggapan ia adalah resdung.

Menurut Doktor Ahmad Nordin dalam artikelnya berkata, ianya tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut. Maka, jika kita menyamakan penyakit Resdung dengan Sinusitis adalah tidak benar.

Menurutnya lagi, Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. 

Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka. Ha, faham kan?


Adakah anda mengidap Resdung Atau Sinusitis?


Baca dan perhatikan perbezaan antara kedua istilah ini. Ia adalah istilah perubatan yang lebih tepat tentang kedua masalah sama tapi tidak serupa ini.

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.


2. Sinusitis

Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. 

Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi  hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.

Di kebanyakan klinik ENT, kes ‘allergic rhinitis’ adalah jauh lebih kerap dari sinusitis. Hakikatnya, kebanyakan beban kerja klinik ENT ialah ‘allergic rhinitis’, terutamanya di kawasan bandar. 

Dapat saya simpulkan disini, kes biasa perihal resdung ialah Allergic Rhinnitis itu. Masalah utama resdung ialah alah terhadap faktor persekiran yang memberi keradangan pada dalam hidung. Ia boleh menjadi serius sekiranya tidak mendapat rawatan pakar dengan cepat dan melarat sehingga menjadi penyakit sinusitis pula. Ia melibatkan organ hidung (kawasan sinus) yang lebih sensitif dan biasanya memerlukan pembedahan.

Kurangkan Alahan/Resdung Dengan Set Premium Allergy/Resdung


Salah satu cara terbaik ialah kita perlu tingkatkan kawalan imuniti badan kita. Badan kita bertindak terlalu aktif pada bendasing luar sehingga memberi mudarat pada diri. Kawal radang dengan #vivix dan #omegaguard secara konsisten. Simptom keradangan dapat dikawal dengan berjayanya.

Jom cuba set allergy ini, dapatkan dengan saya di 0192710642

Ubat Resdung, set resdung, set resdung shaklee, ubat alergi, allergy, sakit alergik, exzema, cara rawat resdung, sakit sinus, cara rawat sinus, beza sinus dengan resdung, cara baikkan resdung, herba resdung, jamu resdung, lilin resdung, penawar resdung





Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760]
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan 
Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Cara Bancuh ESP Sedap Dan Mudah

Persediaan nak berpuasa ini, akak galakkan korang cuba dan amalkan set triple gem shaklee ni. Sangat sedap dan penuh khasiat yang menampung keperluan harian kita. Sesuai sangat buat ibu hamil,meyusu dan dalam pantang. Paling sesuai juga untuk pesakit gastrik dan yang mengalami masalah penyakit kronik yang lain.

Tonton video ringkas cara-cara bancuh #ESP yang sedap berkhasiat ni.



Berminat? Klik ESP untuk tahu Kelebihan ESP dan Testimoni untuk pesakit gastrik.


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760]
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan 
Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Sakit Slipped Disc Tu Rasa Camna?

Ramai orang yang beranggapan sakit belakang itu adalah akibat slipped disc. Ada beberapa ciri yang membezakan sakit slipped disc tu tau. Rasa mencucuk yang sukar nak gambarkan, tapi saya cuba kongsi perasaan sakit tu dengan anda. Nak tahu sakit slip disk tu rasa camna?

Ubat Slip Disk, Cara atasi Slipped Disc, rawatan Slipped Disc, Slipped Disc, Slip Disk, Sakit Belakang, Sakit belakang Teruk, back pain, Kronik Back Pain

Sakit belakang yang menjalar

Individu yang mengalami slipped disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. Dalam kes yang teruk, mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. 

Ia dinamakan sciatica.

Perasaan sakit sciatica akibat PID ini ialah sakit yang menjalar, seakan elektrik sedang mengalir pada kaki. Ada yang berlaku berterusan, ada yang sekali sekala, ada yang secara tiba-tiba menyerang bagai electric shock yang boleh membuatkan anda menjerit!

Ia menjadi lebih sakit apabila melakukan aktiviti secara mengejut. Misalnya tiba-tiba bangun, tunduk secara mengejut, bangun mendadak dan juga apabila sudah letih berjalan. Apabila anda lama duduk atas kerusi juga akan menjadi sakit secara tiba-tiba. Apatah lagi jika duduk di lantai, bersila makan kenduri. Aduh, seakan krem dan kebas-kebas mencucuk yang sangat derita.

Pernah jadi pada anda? Boleh baca lebih lanjut kat sini untuk mengetahui adakah anda ini ada slipped disc atau tidak.

Peringkat Slipped Disc (PID)

Prolapsed disc PID boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:
  1. Disc protrusion – Disk menonjol keluar tapi belum terkoyak
  2. Disc extrusion – Annulus Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
  3. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang
Untuk mengenalpasti tahap sakit anda, anda perlu berjumpa dengan pakar ortopedik. Dapatkan temujanji dengan doktor klinik pakar. Pastikan anda mendapat kepastian dengan mengambil ujian MRI tulang belakang anda.

Simptom Slipped Disc

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.

Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.

Oleh itu, jika anda ada mengalami beberapa sakit seperti yang saya kongsikan, cepat-cepat dapatkan kesahihan sama ada anda mengalami sakit belakang biasa ataupun anda salah seorang pengidap sakit slipped disc. Jangan risau, semua ada penawarnya. Saya sendiri telah baik pulih daripada sakit sciatica ini dan mampu meneruskan kehidupan tanpa sakit.

Supplemen Untuk Sakit Belakang dan Slipped Disk.

Ada beberapa jenis supplemen yang kita mesti ambil apabial menghadapi sakit slip disk ini. Ia perlu untuk memberikan sensori rasa kepada saraf yang rosak.

Antara vitamin yang perlu ialah

1. Vivix - ia membetulkan sel dan memberi tenaga kepada sel untuk baik pulih sel yang cepat.

2. Collagen Powder - Sangat perlu untuk memberi sumber kolagen yang cukup pada rawan yang rosak. 

3. Omega Guard - Biasanya rasa sakit adalah akibat radang pada rawan yang membengkak. Ia memberitekanan kepada saraf, oleh itu Omega Guard amatlah perlu.

4. Vitamin B Complex. - Vitamin B dan keluarganya amat penting dalam masalah saraf. Ia memberi kelegaan kepada saraf yag rosak dan terhimpit. 

5. Ostematrix - Sumber Kalsium Magnesium amat penting untuk memberi kelegaan kepada kesakitan tulang terhimpit dan juga membantu tidurlebih lena. Percayalah, saya sudah melalui fasa sakit yang teruk sehingga sukar tidur. Dengan pengambilan ostematrix, ia membuatkan kita lebih mudah tidur.
Ubat Slip Disk, Cara atasi Slipped Disc, rawatan Slipped Disc, Slipped Disc, Slip Disk, Sakit Belakang, Sakit belakang Teruk, back pain, Kronik Back Pain
Lihat testimoni sakit Slipped Disc.

Apapun, kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Sebagai bekas pesakit ini, saya amat mengetahui rasa kesakitan itu. Kita usaha dan cuba mana yang sesuai dan selamat. Saya dah, anda bila lagi?

Hubungi saya


Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760]
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan 
Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

5 Rahsia Vivix Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Sana-sini tersebar dah ramai yang minum vivix ni sebagai makanan kesihatan. Ramai percaya kesahihan dan keberkesanan vivix yang menjadi tular sekarang . Banyak sungguh testimoni vivix untuk masalah kesihatan yang memberi kesan positif buat pengidapnya.

Ada lagi beberapa rahsia vivix yang anda perlu tahu. Kenapa vivix ini sungguh berkuasa sehingga digelar sirap atau tonik ajaib.

Tonton video ini dahulu,



5 Rahsia Vivix Shaklee


1.All Natural (semulajadi), polyphenol diproses daripada 4 tumbuhan hebat tanpa bahan pengawet.

Sememangnya tiada keraguan. 4 kandungan utama Vivix ada akak ceritakan sebelum ini dan ianya sangat hebat. Vivix mengandungi polyphenol yang tinggi. Jadi, tidak hairanlah mengapa Shaklee begitu konsistan memberikan yang semulajadi dan berkesan terbaik kepada kesihatan pengguna produk.

Vivix tiada campuran bahan pengawet. Ia adalah sebatian cecair yang stabil. Kalau kita letak Vivix atas meja, Vivix tak meruap. Kalo letak dlm freezer pun Vivix tak akan beku. Tiada bahan lain dalam Vivix termasuk air pun tidak!


2. Bukan setakat resveratrol tetapi memberi gabungan bersama 15 jenis polyphenol.

Resveratrol ni adalah sejenis antioksidan yang bertindak melindungi sel DNA dari kerosakan oleh radikal bebas. Polyphenol pula ialah sejenis sebatian fitokimia yang juga mengandungi antioksidan yang tinggi. Gabungan resveraterol dan juga polyhenol yang dipatentkan yang ada pada Vivix menjadikan Vivix tiada tandingan.





3. Cold filling extraction process untuk preserve bioactive polyphenol dan pastikan kualiti paling tip top.

Cold extraction bermaksud buah-buah yang digunakan dalam vivix diproses untuk mengeluarkan patinya dgn suhu rendah/sejuk untuk pastikan bioaktif polyphenol tetap seperti yang dikehendaki dan tiada kemerosotan terhadap kualiti vivix itu sendiri. Suhu tinggi akan menyebabkan polyphenol rosak dan terjejas.

Ada proses yang guna air panas/suhu panas dan proses seperti ini akan menjejaskan kualiti produk tersebut. Jadi, Shaklee patenkan proses cold filling extraction ni utk Vivix jadi org lain takleh curi.


4. 10x lebih berkuasa

Vivix adalah cecair yang mengandungi antioksidan Resveratrol dan Polyphenol yang tinggi sehingga 10x ganda lebih berkuasa. Dan diakui, tiada lagi produk anti aging yang mempunyai kuasa seperti Vivix.


5. Anggur muscadine sebagai kandungan asas Vivix

Vivix mendapat Patent Anggur Muscadine sebagai kandungan utama. Anggur muscadine ni mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dan mampu melawan radikal bebas walaupun hidup liar dikawasan yang agak lembab. Anggur ni mampu membesar sehingga sebesar bola golf dan mampu mempertahankan diri sendiri dari kulat dan kerosakan. Hebat kan!


Nak baca testimoni vivix? Klik Testimoni Vivix. Jom tingkatkan kualiti hidup dengan VIVIX, dapatkan vivix SEKARANG!


 Nak sembang-sembang? konsultasi? 


2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 

 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 

 iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kelebihan ESP Yang Perlu Anda Tahu

Banyak dah testimoni penggunaan ESP yang kita dengar kan? Tapi ada beberapa lagi kelebihan ESP yang menjadi faktor kenapa kita perlu pilih protien soya ni. Terbaik tau. Tonton video ni sampai habis ye...

esp from Anis Hani on Vimeo.

Kelebihan ESP


Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Protein kacang soya ESP adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur dan 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


Indeks glisemiknya (G.I) rendah iaitu 39 dan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. G.I. menempatkan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavone yang banyak manfaatnya malah boleh menyebabkan pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP  dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Istimewa sekali kan? jom pilih ESP, dapatkan terus dari saya untuk dapatkan FREE Shaker dan cara minum dengan betul. Juga boleh klik sini untuk pembelian ESP









 Nak sembang-sembang? konsultasi? 

 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 

 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 iR Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Pencuci Paling Selamat, Biodegradable dan Tidak Bertoksik

Pernah tak pegang sabun pencuci lantai terus tangan rasa panas dan pijar. Aduh, sakit sungguh. Terasa pekat bahan kimia yang digunakan. Lupa pula pakai sarung tangan untuk elak daripada tersentuh. Bau pula sangat kuat sampai sakit mencucuk hidung. Sungguh tak selesa sekali setiap waktu nak mencuci tandas.

Atas dasar keselamatan pengguna inilah, pada tahun 1960 Basic H pencuci berasaskan jagung ini dihasilkan. Lama dah kan? Bahan baik memang sentiasa bertahan. Jom tonton video ini,
 

Ia juga 2 kali ganda lebih pekat dan memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat, berkesan serta sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran di rumah pada bila-bila masa. Best kan, selamat dan pelbagai guna. Sehinggakan sangat sesuai mencuci sayur dan buah-buahan. 

Selain mencuci, ada banyak lagi kegunaan #Basic H dan ada banyak testimoni kehebatan Basic H yang boleh kita tahu. Baca sini Testimoni Penggunaan Basic H.





Jom, bertindak sekarang, kita ubah persekitaran rumah kita menjadi rumah paling selamat dan mesra alam. Dapatkan satu set Get Clean dengan harga istimewa. Klik sini untuk order set Get Clean ini, jom tukar kepada Pencuci Paling Selamat, Biodegradable dan Tidak Bertoksik, Basic H.










 Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Bahaya Paraben Pada Kulit Anda!

Selama ni, korang tahu tak apa dia paraben? Atas desakan dalam media sosial, kita pun mula mencari produk organik dan kosmetik tanpa paraben. Paraben itu bahaya, tapi apakah bahaya paraben ini? Jom baca lebih lanjut perihal bahaya paraben ini.


Apa itu paraben?


Paraben adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam lotion, conditioner, shampoo, deodorant bahkan menjadi pengawet bahan makanan dan minuman. Struktur asas bahan ini diperlukan untuk menjadikan produk itu likat , ada 'bentuk' serta tahan lama.

Ia juga merupakan bahan pengawet yang digunakan di dalam formulasi kosmetik yang mencegah pertumbuhan mikroorganisma/kulat semasa tempoh penyimpanan/ jangka hayat produk kosmetik.Bahan ini terdaftar pada label, dengan nama antara lain; Methylparaben, Butylparaben, Ethylparaben, Benzylparaben, Isobutylparaben, dan Propylparaben. Bahan ini juga dijual dengan nama kosmetik yang berbeza, termasuk Germaben II dan Minyak LiquiPar.

Bahan ini boleh digunakan di dalam formulasi produk kosmetik pada had yang dibenarkan sahaja. (sila rujuk lama web BPFK). Klik untuk had kandungan paraben yang dibenarkan dalam Malaysia oleh KKM.


Kegunaan Paraben.

  • Etil dan Metil Paraben – Etil paraben merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah tumbuhnya kulat pada kosmetik, makanan ataupun ubat-ubatan. Metil mempunyai fungsi yang sama dengan Etil, perbezaannya pada kadar bahan kimia berbahaya yang terkandung didalamnya. Etil mempunyai potensi risiko lebih tinggi terkena penyakit seperti kanser, alergi dan penyakit lainnya.
  • Propylparaben – Propil paraben lebih sering digunakan pada produk yang berbentuk cair, karena zatnya yang bersifat mudah larut. Bahan jenis ini lebih berakibat mempengaruhi sistem reproduksi lelaki.
  • Butylparaben – Bahan ini digunakan untuk mencegah timbulnya jamur dan bakteri yang sering timbul pada makanan, kosmetik serta produk lainnya. Apabila digunakan dalam dos yang rendah iaitu 0.05 persen bahan ini tidak menimbulkan racun. Tetapi dapat menyebabkan iritasi kulit jika pada larutan yang lebih pekat.
Ia bukan hanya terdapat pada sapuan kosmetik (luaran) sahaja tau, juga terdapat dalam pengawet makanan minuman dan juga ubatan harian. 

Apa Masalah Paraben ?

Sejak tahun 2000, berbagai kajian telah menunjukkan bahwa paraben menunjukkan aktiviti estrogenik. Penelitian lain juga menunjukkan bahawa paraben terkumpul pada jaringan kanser payudara. 
Estrogenic activity - wikipedia
The estrogenic activity of parabens increases with the length of the alkyl group. It is believed that propylparaben is estrogenic to a certain degree as well,[16] though this is expected to be less than butylparaben by virtue of its less lipophilic nature. Since it can be concluded that the estrogenic activity of butylparaben is negligible under normal use, the same should be concluded for shorter analogs.

[edit]

Animal experiments have shown that parabens have weak estrogenic activity, acting as xenoestrogens.[14] In an in vivo study, the effect of butylparaben was determined to be approximately 100,000 times weaker than that of estradiol, and was only observed at a dose level approximately 25,000 times higher than the level typically used to preserve products.[15] The study also found that the in vivo estrogenic activity of parabens is reduced by about three orders of magnitude compared to in vitro activity.
Meskipun banyak pihak yang menyokong penggunaan paraben mendakwa bahawa tubuh boleh memisahkan kimia yg masuk ke tubuh, tetapi kajian yg sama juga menemukan bahwa paraben terkumpul dalam sel tumor dan tidak boleh dipisahkan/dihancurkan oleh tubuh. Juga telah dibuktikan bahwa paraben bertindak seperti estrogen dan terkumpul dalam tubuh dan menyebabkan kanser reproduksi. 

Bahkan The European Journal of Cancer Prevention melaporkan bahwa penggunaan produk yang mengandung paraben dan seringnya memakai deodorant ada kaitannya dengan awal mula terdiagnosanya kanser payudara. Oleh itu ada kemungkinan produk yang setiap hari kita sapu setiap hari boleh menyumbang ke arah meningkatnya statistik kanser setiap hari.

Bahaya Atau Tidak Paraben Ini?

1)Paraben ni menyerupai hormon dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki, jika berlebihan. Tapi biasanya lotion kita pakai setiap hari kan? Bukan sekali je kan? Malah sehingga 5 kali sehari.

2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben.

3)Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

4)Sekiranya mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitif walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius.

Pilih PARABEN FREE.


Kesimpulannya, Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Elakkan paraben kerana ia memberi kesan tidak baik pada kulit dan badan kita pada jangka masa yang panjang. Kita tak tahu kan? Better safe dan sorry!

Oleh itu, untuk lebih selamat, Pilihlah produk yang TIDAK MEMPUNYAI PARABEN langsung. PARABEN FREE. Setiap langkaha tau perubahan kita hari ini membawa makna buat masa hadapan. Siapa jangka berapa banyak yang kita telah masukkan dalam diri kita dari hari ke hari kan?

Telah banyak produk sekarang yang telah isytiharkan BEBAS PARABEN. Krim Herbal Blend Shaklee juga bebas paraben, menjadikan ia produk yang selamat dan berkesan untuk dipakai. Terutamanya buat anak kesayangan dan juga kulit anda yang halus itu.

Jom bertukarlah kepada krim dan lotion badan kegunaan harian HERBAL BLEND dari Shaklee. Murah je tau. KLik untuk baca testimoni menggunakan krim herbal blend ini.










Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.
 Hani 858760 

 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Adakah Anda Mengidap Slipped Disc? Sakit Belakang Atau Slipped Disc?

Selalu mengalami sakit belakang? Mungkin ada kenalan anda mengatakan anda menghidap ‘slipped disc’ atau disk tergelincir. Ramai yang berpendapat, apabila sakit belakang sahaja, ia adalah berpunca daripada slipped disc. Betul ke? 

Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku. Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Tapi, adakah ia sakit slip disk?




Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. 

Sungguh pun begitu, hanya sebahagian sahaja yang mengalami masalah slipped disc. Ha, bukan semua sakit belakang tu slip disk tau.

Apa itu Slipped Disc.


Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, ia digelar sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.


Punca-punca Slipped disc


Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:
  1. Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
  2. Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
  4. Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
  5. Sukan mengangkat berat
Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan. Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

Lihat dan tonton sampai habis video ibu ini,





Jadi, hanya dengan pemeriksaan doktor lebih lanjut kita boleh mengetahui dengan lebih tepat sama ada kita mengidap slipped disc atau hanya sakit belakang biasa. Jika sakit anda berpanjangan dan ada seperti rasa elektrik mengalir disebelah kaki anda, jumpa doktor ya. Jangan lewatkan untuk dapatkan pemeriksaan. 

Sakit Slipped Disc hanya akan terbukti selepas pemeriksaan MRI oleh doktor untuk melihat keputusan tulang bekalang anda. Jangan lewat jumpa dokotr ya jika dah terlalu kerap mengalami masalah sakit belakang.



Saya menggunakan kombinasi vitamin saraf dan untuk keradangan iaitu B Complex, Omega Guard, Ostematrix, Collagen Powder dan Vivix sebagai supplemen harian saya bagi membantu membaik pulih masalah slipped disc saya. Baca lebih lanjut tentang supplemen untuk slipped Disc di sini. Boleh juga hubungi saya terus untuk dapatkan konsultasi,








Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog