2 tahun yang indah

kemanisan,keindahan,keperitan, susah senang nak menjadikan impian menyusukan selama 2 tahun SEPENUHNYA tanpa susu formula hany6  tinggal 6 bulan sebelum menjadi kenyataan..

dalam surah Luqman

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman : 14)
 
terdapat banyak artikel luar negara yang mengalakkan kita untuk meneruskan  penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih selain daripada salah satu kaedah perancang keluarga,ia juga boleh merapatkan ikatan bonding antara ibu dan anak..bayangkanlah,kita bekerja satu hari,anak ditinggalkan dengan pengasuh,hanya susu yang mengaitkan ibu dengan anak..sekiranya tidak,mungkin malam barulah dapat si ibu menyalurkan kasih sayangnya..
 
pun begitu..


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” (Al-Baqarah : 233)
 
fikirlah dahulu kebaikan dan keburukan atas sesuatu, cubalah buat yang terbaik dalam setiap pekerjaan, dan yang terbaik hanyalah datang daripada Allah swt. amin..doakan saya berjaya..
 
 
 

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog