Mengapa saya menyusu?--menyusukan anakku!

Mengapa saya menyusukan?

Saya seorang ibu yang masih menyusukan anak dengan tegar..Alif Faiz sudah hampir 2 tahun. Hanya menyusu dengan susu saya. Original lagi. Ramai yang bertanya, malahan terkejut saya masih lagi menyusukan Faiz. Tambahan lagi, saya bukan hanya menyusukan Faiz pada waktu malam saya, malahan pada waktu siang Faiz hanya meminum susu perahan. Itulah kerja saya disekolah pada jam 10 - 10.30 dan jam 12.30 - 1 petang. waktu yang biasanya tiada kelas.



Kenapa saya menyusu?

1. Gerak hati naluri seorang ibu, instinct. Kucing, gajah malahan ikan paus pun menyusukan anaknyaa. Hampir semua mamalia di muka bumi ini menyusukan anaknya..

2. Bonding dengan anak. Apabila menyusu, sangat terasa ikatan antara ibu dan anak. saat mata bertentang, tangan memegang satu sama lain, indahnya......

3. Keajaiban susuibu. Ramai yang tidak menyangkal kebaikkan susuibu. Jarang sekali Alif Faiz waima Anis mendapat demam yang lama. Jarang sekali sakit...syukur alhamdulillah. Anis dan Faiz adalah anak yang senang dijaga..

4. Tidak perlu mengusung beg susu kesana kesini. Sungguh mudah bila nak keluar. Tak payah termos, susu dan botol segala. semuanya tersedia. selak aja. <">

5. Tiada pencemaran. seringkali kita dengar berita pencemaran susu formula. susu yang tersimpan dan terbina dalam badan itu sentiasa fresh dan terbaikkk dari ladang!

6. Susu ibu kualiti nutrien dan komposisinya seiring dengan pertumbuhan anak. maksudnya Jika Faiz berumur 22 bulan sekarang, susu yang terhasil amat sesuai dari segi nutrien dan perlindungannya untuk usianya. Faiz masih minum 2.5 - 3 oz per feeding........kalo formula, 6 bulan pastinya dah 8 oz.. "P (sebab itulah saya sentiasa menjaga pemakanan saya supaya berkhasiat dan mengambil makanan tambahan SHAKLEE breasfeeding set, sepaya nutrisi sentiasa tip top!)

7. Tiada belanja. Hanya sekali perbelanjaan untuk membeli gadjet pam dansegalanya. Harga pon yang paling murah di pasaran. Spectra 3 yang banyak berjasa.

(heheh..kalo nak beli saya sentiasa ada stok baru!heheh)

8. I'm Breastfeed becouse i'm breastfed! Saya anak yang di susukan susuibu oleh mak saya. Saya mengikut jejak. Mungkin sebab itulah saya juga memang sukar untuk demam. Syukur Ya Allah. Terima kasih Mak!

9. Saya dapat menjaga diri. Badan tidak naik walaupun makan dengan banyak. menyusu banayk membantu membakar kalori. (walaupun saya mmg cikgu PJ yang melompat setiap hari LOL )

10. Susu ibu tiada tandingan. Takkan boleh dibeli dimana-mana. Anugerah Allah selepas saya melahirkan. Takkan ku persiakan.


Ya Allah. Mudahkkanlah perjalananku dalam usahaku menyusukan anak-anakku. Mudah-mudahan rezeki yang Engkau berikan cukup dan berkat buat anak-anakku. Rahmatilah usahaku dan usaha kawan-kawanku dalam dunia penyusuan ini. Amin!




Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog