11.12.11

Salam. Angka cam cantik je kan? Harini 11 Disember 2011. Genaplah MUHAMMAD ALIF FAIZ BIN MOHD NAIM 2 tahun.. Wah,wah wah.....dah 2 tahun! sob sob sob..sedih gak.. Dah besar anak mama...

Semalam dan harini, Faiz sedikit demam. Badan panas dan meragam sikit. (walaupun mama bawa berjalan2 gi umah mak long!) Tapi harini dah ok sikit. Haraplah. mama, abbah dan kakak taknak buat party lagi.tunggu maktok n tokwan nak mai kl kot nanti baru buat.. Si kakak dah sibuk bila nak buat party utk Faiz.takpe sabar.. Tapi mama dah buat GIVEAWAY utk kawan-kawan mama.heheheh..Yang sudi membaca blog mama yang tak seberapa nih lah...heheh
cheackitout!


Nak share sikit tentang 2 tahun kisah hidup Faiz. Faiz lahir dengan berat 3.3.3 kg. Agak berat berbanding kakak n agak besar berbanding badan cikgu yang kecil..heheh..cewah.(perasan) Mudah sekali nak jaga. Kurang meragam,kurang menangis n mendengar kata. Faiz menyusu dengan baiknya tanpa masalah sehingga HARI INI! Ya, Faiz masih lagi nenen sampai sekarang...taktau plak bila dia nak wean sepenuhnya!

Faiz tumbuh gigi pertama pada umurnya 3 bulan. Cepat sekali..(goyang gigi mamamanya..huhuhu)dah gigi semua penuh dalam setahun 2 bulan gitu.termasuk geraham.. Mula berjalan bila genap setahun dan berlari sebulan selepas itu. Cepatnya masa berlalu. Walaupun Faiz sekarang masih tidak boleh bercakap dengan baik, tapi Faiz memberi respon terhadap semua kata-kata kita dan boleh menjawab dengan bahasanya sendiri. Semalam Faiz dan mencuba memakai baju sendiri!hehehhe...pandai anak mama.

Apapun, syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang sangat ternilai ini. Anak-anak adalah anugerah yang sangat ternilai. Syukur Ya Allah. Dengan sedaya upaya kami akan berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak kami. Cikgu pasti semua ibu-bapa mempunyai perasaan yang sama......


Dear Faiz..mama love you! n Anis juga..muah muah muah!


Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog