Galak anak anda makan!

Semua ibu dan bapa pasti risau sekiranya anak mereka seorang yang sangat memilih makanan.. Samaada anaknya akan obes atau akan kurang berat badan. Semuanya kerana tabiat sangat memilih makan....

Mungkin ramai antara kita tidak sedar bahawa cukup makan (atau banyak makan) bukan bermakna kita mendapat cukup zat, kecuali jika mengamalkan pemakanan seimbang dan mengambil pelbagai jenis makanan. Ini sebabnya ramai mengambil pil makanan tambahan seperti vitamin dan garam galian. Seperti saya yang sentiasa mengambilpelbagai makanan tambahan untuk melengkapkan pemakanan harian.


Keadaan sama juga berlaku pada kanak-kanak. Seperti orang dewasa, mereka boleh mengalami masalah kurang zat kerana makanan pilihan mereka biasanya kurang berkhasiat. Apatah lagi, kebanyakan kanak-kanak sangat pantang apabila terlihat ada sayur (walau sehalus ikan bilis pun) dalam makanan mereka.

Cara terbaik untuk melengkapkan sajian mereka ialah melalui pengambilan pil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral kerana ketika ini kanak-kanak sangat memerlukan semua zat supaya boleh membesar dengan baik. Persoalannya, sejauh mana keperluan zat ini kepada kanak-kanak? Tidak cukupkah dengan zat sedia ada dalam makanan? Ibu bapa yang sangat cerewet dalam soal makanan pun tidak dapat memastikan kandungan zat dalam sajian yang dihidangkan kepada anak.

Walaupun makanan itu disediakan di rumah, jika tidak berhati-hati, banyak vitamin akan hilang ketika makanan dimasak. Secara umumnya, vitamin yang larut lemak seperti A, D, E dan K boleh tahan dengan suhu masakan biasa, tetapi vitamin A dan E mudah hilang jika terdedah lama kepada udara. Manakala vitamin larut air seperti B1, B6 dan asid folik pula mudah musnah apabila makanan dimasak pada suhu tinggi. Vitamin B12 mudah hilang jika terkena suhu tinggi dan cahaya, sementara vitamin C akan musnah jika terdedah pada udara. Sikap kanak-kanak yang cerewet memilih makanan juga akan menambah kepada masalah tidak cukup zat.

Rasanya semua ibu tahu kepentingan vitamin untuk anak mereka, tetapi ramai tidak pasti mengenai mineral. Sebenarnya baik vitamin atau mineral, kedua-duanya memainkan fungsi sama penting. Bezanya mineral atau garam galian diperlukan dalam kuantiti kecil. Tanpa mineral, badan tidak dapat menggunakan vitamin yang ada.
Antara garam galian yang penting ialah kalsium, kromium, magnesium, iodin, besi, zink, kuprum, selenium, manganese dan molibdenum. Semua mineral ini diperlukan setiap hari.

Kajian ke atas 245 kanak-kanak sekolah di Amerika Syarikat berumur enam hingga 12 tahun selama tiga bulan mendapati, kanak-kanak yang diberikan multivitamin dan mineral lebih cerdas berbanding kanak-kanak yang mengambil pil ujian (tidak mengandungi vitamin dan mineral).

Bagaimanapun, tidak semua pil makanan tambahan boleh dikunyah. Pil makanan tambahan untuk mineral biasanya mempunyai rasa ‘kurang enak’ berbanding pil vitamin seperti vitamin C. Terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa memujuk anak untuk mengambilnya.Selain itu, gunakan kreativiti anda untuk menarik minat anak untuk mengamalkan pemakanan sihat.

Cara saya? Beri anak saya minum Mealshake atau nama glamer bg anak saya ialah susu kocak.

Mealshake ialah gabungan mukltivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar. Amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.

Terdiri dari gabungan bahan2 semulajadi yang diproses dengan kaedah natural agar lebih mudah diterima oleh tubuh tanpa kesan sampingan.

Lengkapkan lagi pertahanan tubuh anak dengan Omega Guard, tugasnya selain dari untuk kecerdasan otak, ia juga berfungsi memanaskan dada agar anak kurang diserang selesema. Diperbuat dari ikan-ikan terpilih dari lautan beriklim sejuk, lebih baik dari minyak hati ikan kod yang boleh menghasilkan kesan toksik jika diambil berlebihan.


Harga?pasti berbaloi-baloi! Tempah sekarang.

Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog