termometer pecah!

Salam. Harini cikgu nak kongsi sikit kejadian yang menimpa keluarga cikgu semalam. Berkaitan dengan tajuk kat atas, tepat jam 1 tengahari, Anis telah terpecahkan termometer penyukat suhu badan di mulut!huhuhu..cikgu pun tak tau bila Anis main dengan termometer tu dan mana dia jumpa.lama dah cikgu tak jumpa. Cikgu memang simpan dalam laci, tapi mungkin Anis ambil untuk ambil. Kami sekeluarga kalut dan segeraa pergi ke hospital.

Selepas beberapa ujian saringan daripada Dr Azza di NCI hospital nilai, selepas ujian dr, dr meyakinkan kami bahawa selagi tiada luka semasa termometer itu pecah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Kami cuma perlu monitor Anis sekiranya ada kelainan, demam atau lemah2 sendi. Terima kasih Allah..

Seharian gak la menggoogle tgk mercury spillage ni. Banyak kejadian termometor merkuri   ni pecah melibatkan kanak-kanak. Salah saya yang membeli..(huhuh). Tapi tiada rekod lagi yang memberi kesan negatif kepada mangsa. MOral of the story, jgn la simpan lagi termometer jenis lama tuh!beli jelah yang digital. tapi mmg kami tak guna pon, cuma masih simpan!huhu.... Jangan simpan tau, buang jer.
 
Sedikit fakta tentang merkuri nih.dikenal juga dengan istilah merkuri unsur (mercury element) Elementa mercury, merupakan bentuk logam dari merkuri. logam ini berwarna perak. Jenis merkuri ini digunakan pada alat-alat laboratorium seperti termometer raksa, termostat, spignometer, barometer dan lainya. Secara umum logam merkuri memiliki karakteristik sebagai berikut, Berwujud cair pada suhu kamar (250C) dengan titik beku (-390C). Merupakan logam yang paling mudah menguap. Memiliki tahanan listrik yang sangat rendah, sehingga digunakan sebagai penghantar listrik yang baik. Dapat membentuk alloy dengan logam lain (disebut juga dengan amalgam)

Sebagaimana diketahui, bahan merkuri adalah bahan yang berbahaya bagi persekitaran dan manusia. Merkuri adalah logam berat yang dapat menjadi pencetus beberapa penyakit berbahaya. Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam darah. Masuknya merkuri kedalam tubuh, dapat melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan merkuri. Merkuri metalik dapat masuk kedalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Termometer merkuri yang pecah merupakan salah satu contohnya. Ketika termometer pecah, sebahagian dari merkuri menguap ke udara. Merkuri metalik tersebut dapat terhirup oleh manusia yang berada di dekatnya.Kalau pecahan termometer merkuri tersebar ke bahan-bahan di dalam rumah, maka secara langsung dapat membahayakan penghuni rumah. Boleh juga termometer pecah dan merkuri tumpah ke lantai. Bila lantai dibersihkan dengan air, maka air bekas pencucian yang tercemar merkuri masuk kedalam saluran drainase, maka merkuri akan mencemari lingkungan.

langkah-langkah sekiranya terjadi kejadian ini;
1. Suruh anak banyak berkumur-kumur. Periksa mulut sekiranya ada luka
2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi.
3. Jangan Vaccum tumpahan itu.(panas sedutan vaccum buat merkuri senang meruap!) Kalau ada glove guna glove. kutip merkuri tu perlahan sbb merkuri ni bila disentuh dia pecah-pecah.Lebih baik letak sulphur atas merkuri tu n kutip perlahan.
4. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam lebih selamat.
5. Bawalah anak itu ke hospital untuk pemeriksaan...
6. Pantau kesihatan anak dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.

BERINGAT SEBELUM KENA! Mop kawasan rumah dengan Basic H..tanpa bahan kimia dan organic!
heheh...cuci rumah semua!pastu tawakal to Allah..semoga Allah pelihara kita semua..amin!
















Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog