Petua ceraikan susu badan

Salam akhir Januari.

Sudah lama rasanya cikgu tidak mencoretkan rasa. dalam bulan Januari ini, cikgu banyak sangat halangan untuk menulis. Tapi takpelah, barang yang lepas jangan dikenang.. Topik utama kali ini cikgu nak share tips cara nak pisahkan anak menyusu badan.. Mood: Sedih ni..

Apa cerita ini. Faiz sudah 2 tahun 1 bulan. Bukan kerana sudah tiada air susu, tapi keadaan sekeliling menyebabkan cikgu terpaksa buat keputusan cuba perlahan-lahan untuk menghentikan penyusuan badan kepada Faiz. Lagipun, dah terlepas sudah tanggungjawab cikgu pada Faiz tentang penyusuan ini..Setelah dengar nasihat ibu dan ibu mertua, orang-oranglama dan sahabat handai, cikgu ada beberapa tips dan petua untuk ceraikan susu badan. Hehe..tapi cikgu sedang ujikaji ni,tak dapat keputusan lagi sbb tak berjaya..lagi...ngehngehngehh..

Petua:
  1. Sapukan / titikkan sikit pewarna merah / sirap dekat breast sikit. Cakap ada darah. mesti takut atau geli.
  2. Sapukan asam jawa. Bior masam. Tak sedap katakan..
  3. Sapukan nescafe / kopi. Kasi rasa pahit.
  4. cuba cara taruk air perahan pucuk ubi campur kapur utk keringkan susu.
  5. Letak getah akar bakawali. Pahit.(tak pernah cuba)
  6. Letak serbuk jadam. Pahit gak(tak tau apa jadam ni?)huuhu- petua orang
  7. Secara beransur-ansur. Beritahu setiap kali menyusu beritahu dah besar, pandai minum dalam cawan.
  8. Hanya memberi menyusu bila anak mintak aje. Jangan nak offer. 
  9. Cuba bagi makan benda lain bila nak menyusu-offer la biskut dulu
  10. Doa- senjata terbaik mukmin...
Secara peribadinya, cikgu cuma cuba no 1. tu  cikgu rasa yang paling drastik. Tak tahan bila anak menangis. Kita nangis sama. Huhuhu..kecil sungguh hati ini! Setiap kali menyusu berdoa agar anak dipermudahkan berhenti tanpa beri kesan negatif pada anak. Sian bila dia trauma...(trauma kata ada darah..). Perlahan-lahan gantikan dengan susu formula. Tapi Faiz sangat tak suka dalam botol. Dia banyak minum susu kotak. ada buat susu formula dalam botol, minum main-main, banyak yang buang. Tapi tak palah..sikit-sikit..Nanti cikgu update lagi kalu dah berjaya..

Ni gambar Faiz..dah graduate Breastfeeding dengan jayanya..
huuhuhu..bila tengok.makin sedih...sobsobsob...Faiz dah besar......




Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog