Cara mengurut baby..

Tetiba je harini cikgu teringat tentang saat-saat indah mengurut Faiz dan anis dulu. Anis dan Faiz mmg suka diurut. Cikgu dan suami pergi kelas mengurut bayi ni. Memmang banyak faedahnya.. Baby mudah tidur dan tak banyak meragam. Jom tengok apa lagi kelebihannya

Faedah Urutan bayi

1. Membantu pembesaran fizikal bayi (baby nnt lebih tegap dan keras badannya)
2. Menguatkan ketahanan tubuh badan
3. Membina keyakinan diri
4. Membantu bayi berasa tenang dan selesa (senang tidur)
5. Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi

Langkah permulaan

1. Pastikan 15 minit sebelum bermula anda dan bayi dalam keadaan tenang dan selesa. Boleh mainkan muzik untuk membantu menenangkan anda dan bayi.
2. Pastikan suhu dan keadaan bilik sederhana panas. Alaskan kain yang lembut dan sesuai untuk dibaringkan bayi di atasnya
3. Sebaiknya bayi tidak berpakaian ketika melakukan urutan dan waktu yang sesusai adalah selepas mandi. Namun urutan juga boleh dilakukan ketika bayi berpakaian.
4. Gunakan minyak bayi yang lembut untuk mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Sapukan minyak ke atas tangan secukupnya untuk memudahkan urutan. Gosok kedua-dua belah tangan anda untuk memanaskan tangan anda sebelum menyentuh bayi.(gunakan minyak yang sesuai - minyak zaiton-olive oil bagus!)
5. Mulakan dengan urutan yang lembut, perlahan-lahan tambahkan tekanan apabila melihat bayi anda mula selesa dengan urutan yang dilakukan.
6. Lakukan urutan dengan kasih sayang iaitu dengan memandang mata bayi anda, bercakap-cakap atau menyanyi
7. Sebaiknya lakukan urutan pada waktu yang sama, jadi bayi biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.
8. Seeloknya mulakan dari kepala hingga ke hujung kaki dan kemudian beralih ke bahagian belakang bayi pula.

Peringatan ketika melakukan urutan

1. Dapatkan kerjasama sepenuhnya daripada bayi anda. Ini merupakan aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan dengan perasaan kasih sayang
2. Tingkahlaku anda diperhatikan oleh bayi anda, dan akan diikuti oleh bayi anda. Pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula
3. Jika bayi keletihan, berilah bayi anda berehat dahulu. Cuba urut selepas bayi bangun tidur
Urutan terbahagi kepada urutan kepala, badan, tangan, perut dan kaki. Untuk belajar urutan bayi cuba semak dengan kelas antenatal yang diadakan di hospital anda atau kelas persendirian. Alang-alang hadiri kelas ini pastikan ada mengenai penjagaan untuk bayi anda juga. ;)

 Cubalah..nnt cikgu cuba untuk baby akan datang...bila???hehheheh tunggu!


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog