Mabuk pagi?

Apakah mabuk hamil?

Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri.

Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.

"Mabuk hamil pagi" adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang.

Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan

Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.

• Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog