Rahsia AL Mathurat

Biasa tak dengar al mathurat ni? amalkan tak? Cikgu baru je terdetik jadikan amalan selepas solat selepas mak cikgu hadiahkan cikgu buku mathurat ni dan ayat-ayat manzil. mak cakap sikit je. "Cuba amalkan"
Lama gak la buku tu terbengkalai je, tapi allah gerakkan cikgu nak mula membelek. Biasalah dlu cikgu lepas solat, doa, pastu bangun..dah takde masa nak duduk di sejadah zikir ke apa ke.. pada satu hari tu cikgu terdetik nak membaca. Subhanallah..sejuk hati lepas tu, rasa masalah dan beban hilang...cikgu berazam nak jadikan amalan..mudah-mudahan cikgu istiqomah.

 Apa itu al mathurat ni?

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.





Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; ” Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”


Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
 Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi” (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang ,mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.
Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

 kopipes tq

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog