Berdoa ketika Wudhuk

Setap perbuatan kita perlu dengan doa. Selepas menonton satu cerita ni tentang sunnah Rasulullah, ada diceritakan sekali tentang berdoa ketika berwuduk. Bukan doa sebelum wudhuk dan sesudah wudhuk, tetapi doa ketika kita berwudhuk. Sesungguhya setiap perbuatan kita itu ada sebabnya.


Doa Ketika berwuduk

Dengan Lafaz  بسم الله الرحمن الرحيم  

Berkumur-kumur
"Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa mulut dan lidahku ini"

Basuh Muka
"Ya Allah, Kau cerahkanlah wajahku di akhirat dan janganlah Kau hitamkan wajahku ini"

Membasuh tangan kanan
"Ya Allah, berikanlah hisab2 ditangan kananku ini"

Membasuh tangan kiri
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab2 ditangan kiriku ini"

Membasuh Anak rambut
"Ya Allah, lindungilah aku ketika di padang Mahsyar dengan ArasyMu"

Membasuh kedua2 telinga
"Ya Allah, ampunkanlah dosa telinga kanan dan kiriku ini"

Membasuh tengkuk
"Ya Allah, Kau ringankanlah beban yang aku tanggung"

Membasuh Kaki Kanan
"Ya Allah, permudahkanlah bagiku untuk melintasi titian siratul mustaqim"

Membasuh kaki kiri
"Ya Allah, Kau tujukanlah kakiku ini ke tempat2 ibadah dan janganlah Kau tujukan kakiku ini ke tempat maksiat"


Semoga dengan setiap perbuatan kita semasa wudhuk, tak lah kita main lalukan air ja. Baca doa ni ingat dalam hati supaya lebih bermakna dalam menjaga anggota wudhuk kita itu.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog