Kena minum berdiri!

Haritu cikgu post minum kena duduk. Harini suruh berdiri pulak? kenapa, cikgu? Setaip perkara yang Allah telah tentukan ada sebabnya..jom cari sebab apa..




Dari anas ra, sesungguhnya Nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.
(riwayat Muslim, dalam didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771)

Dari hadis ini, Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk

Tapi terdapat hadis lain yang bermaksud :

Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.-
(riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).



Tapi, kenapa Rasulullah minum air zam-zam berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.
dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.
 

ha..jadi kesimpulannya? MINUM  DAN MAKAN MESTILAH SECARA DUDUK, akan tetapi APABILA MEMINUM AIR ZAM-ZAM KENALAH BERDIRI!
jangan terkejut bila tgk org minum air zam-zam berdiri....



wallahu a'la wa a'lam...


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog