Susu banyak ke susu sikit?

Dilema susu aku tak banyak, susu aku sikit. Susu dia banyak, kenapa susu aku sikit. Susu aku sikit, susu aku sikit je.. 100 x ulang dalam sehari..apa dapatnya?memangs susu aku sikit!huhuhu

Adakah penting susu banyak? 

Sebetulnya tak perlu ada isu pun dalam hal ini.. Susu banyak atau sikit adalah subjektif, terpulang kepada keperluan bayi yang minum susu. Jangan nak lumba susun stok dalam peti saja..
(gambar ni susu cikgu sendiri, tengok, sehari 2 botol ni jer..tak kalut pon!)
Antara sebab kenapa susu yang diperah tak perlu dijadikan isu:
  • Setiap bayi mempunyai keperluan yang berbeza. Ada bayi yang minum banyak, ada minum sikit. Ibu yang bayinya minum banyak perlu mengepam jumlah susu yang sesuai untuk keperluan bayinya yang banyak itu. Bukan semua bayi tu sama!
  • Setiap ibu punya komitmen yang berbeza, ada ibu yang punya waktu kerja yang tak tetap. Kadang2 tak sempat nak pam, jadi dia perlukan lebih stok.
  • Mungkin ibu tersebut mempunyai pekerjaan yang memaksanya berjauhan dengan bayi beberapa ketika (outstation), atau bekerja shift.
  • Kadang2 ibu yang perah dapat banyak tu, memerah dengan lebih kerap daripada ibu yang tak dapat banyak susu perahan. (SO KERAPKAN SESI MENGEPAM)
  • Praktik penyusuan yang berbeza.
Membandingkan kuantiti susu dengan ibu lain tidak lain tak bukan hanya mendatangkan kekecewaan. Apa yang penting:
  • Ibu mematuhi praktik penyusuan yang betul – stimulasi!
  • Ibu mengosongkan payudara dengan kerap.
  • Ibu mengambil diet harian dan nutrisi yang mencukupi, serta cukup rehat.
  • Susu yang diperah mencukupi untuk keperluan bayi.
BERSYUKURLAH DENGAN SETIAP REZEKI YANG ADA!











Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog