Anak susu badan Vs Susu Formula

Anak susu badan VS anak susu Formula

Topik yang agak hangat jika dibincangkan. Adakah kualiti atau kuantiti? Eh lain tu. Bukan seperti apa yang anda fikirkan. Harini cikgu cuma nak ceritakan pengalaman cikgu selepas merasai detik-detik anak menyusu badan sehinggalah anak mula menyusu susu formula. Artkel ini hanya berdasarakn pengalaman cikgu semata-mata.

Cikgu nak ceritakan perbezaan yang dapat cikgu rasa bila anak cikgu, Faiz weaned.

1. Penyediaan susu
Dulu kalau pergi mana-mana cikgu takkan susah-susah nak packing barang-barang susu Faiz. Selak je. On the GO! Sekarang kena kemaskan barang susu, air panas, susu, botol....huaaaaa. kereta pun penuh dengan barang-barang susu dia aja.

2. Buang air kecil dan besar
Telah sedia maklum anak yang menyusu susu badan kurang kencing dan berak. Kenapa? Bayi atau anak yang hanya minum susu badan sahaja, susu badan dapat dicerna dengan sepenuhnya. Maka setelah banyak yang diserap, apa yang tinggal? yang keluar tu saja yang tinggal. Tapi awas, jangan sampai tak kencing atau berak langsung. Cuma kuantitinya kurang! Faiz boleh katakan hanya membuang air besar selang 2-3 hari. 4 atau 5 hari pun biasa. (betul, walaupun Faiz dah 2 tahun, walaupun dah mula makan macam-macam, dia masih bahan buangannya sikit dan kurang berbau!)
Apabila Faiz mula minum susu formula, sangatlah cepat penuh diapersnya!huhu..dan tiap2 hari berak!kadang-kadang 2 kali sehari. Baunya pun..sangatlah berbau! Logiknya pun kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya oleh tubuh. Banyak yang keluar dari yang diserap! huhuhu

3. Kuantiti susu
Faiz sehingga umurnya 2 tahun itu hanya minum susu antara 2.5 oz hingga 3 oz sekali feeding. Mungkin orang akan nampak pelik Faiz hanya menggunakan botol kecil sahaja. Hanya botol yang kecil dan isinya hanya setengah. Berbanding dengan anak-anak sebayanya yang menggunakan botol besar 8-12 oz sekali minum..Logiknya, susu ibu berubah komposisi nutriennya sejajar dengan peningkatan usia anak itu! Bukan kuantiti.
Berbeza dengan sekarang, paling kurang 5 oz, sehingga 8-9 oz sekali minum. Bergantung jenis susu Pulak!heheh (Faiz susu murah je)

(gambar ni masa susu badan meriah..ahahha)

4. Belanja
Soal kos? Dulu sangatlah tiada kos.. Susu sendiri. Maintain untuk diri sendiri sahaja. Selama 2 tahun tidak membeli sebarang susu, berapa banyak penjimatan?heheh..sebab tu banyak gadjet untuk diri dan Faiz yang dapat beli.hehe
Sekarang? Setaip minggu mesti membeli susu yang berharga RM25 untuk seminggu. kalo sebulan?RM 100. Itu baru kos susu, diapersnya juga meningkat..kos juga. Kos botol susu, puting, sabun botol dan lain-lain?heheh
                                                   
(teringin beli botol kaca ni)

5. Kesihatan dan Perkembangan Sosial
Tidak dapat dihuraikan kerana Faiz bermula dengan SUSU IBU dan perkembangan dari segi kesihatan sangataah Baik. perlindungan yang lengkap dengan Susu ibu selama 2 tahun!alhamdulillah!

6. Kepuasan
Saangatlah PUAS hati apabila dapat menyusukan sepenuhnya Anis dan Faiz dengan susu ibu selama bertahun-tahun. Dapat memberikan yang terbaik buatnya, ikatan sangatlah rapat. Anis dan Faiz seakan tidak boleh terpisah daripada Cikgu. Cikgu pun sama. Sehari cukuplah, rindunya tak tertahan.
(gambar Faiz menyusu ni je ada,anis takde,7 tahun dulu takde kamera,heheh)

KESIMPULANNYA- SUSU KAN ANAK ANDA DENGAN SEPENUH HATI..

kalau masalah setakat susu tak cukup, banyak je cara nak banyakkan. salah satu cara makan milk booster dan SHAKLEE 3M SET. heheh


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call
 Cikgu Hani 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog