Cikgu Masterchef seterusnya?

Salam pagi Selasa. Hari ini cikgu bangun pagi dengan bersemangat dan ada yang whisper supaya ISI je borang untuk pergi audition Masterchef Malaysia..tengok sini borang nye
Macam berangan je kan? tapi kalau tak berangan bagaimana kita nak dapat kejayaan kan?



Sejarah cikgu-
Cikgu tak da pengalaman memasak. Memasak kecil-kecilan ada lah..memasak kat rumah. Tapi keluarga cikgu terutamanya mak cikgu memang pakar memasak. Apa yang mak masak sedap belaka (tapi mak sendiri masak memang lah sedap kan?haha)
Kakak cikgu juga pandai memasak. Dia juga terer bab baking membaking ni.. tapi kalau cikgu bab masak kek segala agak hancuss!(isk kena belajar lagi ni)
SO, rasanya cikgu ni boleh le juga memasak..hehheheheh

Kriteria pertandingan

  • 1. Anda mestilah warganegara Malaysia atau Singapura, berumur 18 tahun ke atas. (LULUS)
  • 2. Fasih dalam Bahasa Malaysia. (LULUS)
  • 3. Tidak mempunyai pengalaman atau pencapaian professional dalam bidang kulinari (dan juga katering) (LULUS)
  • 3. Tidak mempunyai pengalaman atau pencapaian professional dalam bidang kulinari (dan juga katering);
    a) Termasuklah bekas pelajar atau graduan dalam kursus kulinari,
    b) ATAU mendapat latihan praktikal dalam penyediaan makanan
    (LULUS)
  • 4. Semua peserta uji bakat mestilah merupakan tukang masak amatur. Jika anda mempunyai pengalaman professional atau semi professional dalam dunia kulinari, pihak produksi beranggapan ianya tidak adil buat peserta lain dan anda tidak layak menyertainya. (LULUS)
  • 5. Panduan bagi aktiviti professional yang tidak diterima untuk anda dipilih menjadi peserta MasterChef Malaysia musim ke 2:
  • a. Anda tidak pernah berkerja sepenuh masa di dapur sebagai jurumasak, atau pekerjaan yang melibatkan penyediaan makanan. (LULUS) 

    b. Anda tidak pernah mendapat upah/gaji kerana menyediakan makanan/memasak di dapur professional seperti; restoran, kedai makanan segera, kantin selama 6 bulan atau lebih dalam tempoh 15 tahun yang lalu.
    (LULUS) 
    c.Anda tidak pernah mengadakan kelas masakan atau demonstarsi masakan yang melibatkan majlis rasmi dengan kapasiti yang ramai, sama ada kontrak, separuh masa atau sepenuh masa dalam tempoh 15 tahun yang lalu.
    (LULUS) 
    5. Anda mestilah dapat memberikan komitmen sepenuh masa sepanjang tempoh pengambaran, sekiranya anda berjaya dipilih sebagai peserta rancangan ini. Produksi untuk MasterChef Malaysia musim ke 2 memperuntukkan masa dari Julai 2012 sehingga November 2012.(TAK TAU LAGI,BOLEH KE CUTI?CIKGU KAN CIKGU?)

    6. Tidak terlibat dengan jenayah yang serius. (LULUS) 

    7. Pihak produksi mungkin tidak akan memilih anda sebagai peserta MasterChef atas sebab-sebab tertentu. Antara kriteria yang dicari dalam pemilihan kali ini adalah bakat, inovasi, cintakan dunia masakan dan semangat untuk mengubah hidup anda.
    (LULUS)
    ITU JE SYARAT NYA?SENANG JE TU?HEHEH
SEKARANG CIKGU NAK KAN UNDIAN DARI PIHAK AWAM..PATUT KE TAK PATUT CIKGU SERTAI NI?(NAK GI UJIBAKAT JE PON)
KALAU DAPAT 50 RESPON POSITIF, CIKGU SAHUT CABARAN!  (CAM LA CIKGU NI GLAMOR SANGAT)

SO, CIKGU NAK 50 RESPON!
KALO TAKDE RESPON TAKNAK MASUK AH!


so sapa lagi nak join?jom gi sesama.....


audition yang terdekat ni
16 JUN 2012
KUALA LUMPUR
Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor
9.00 pagi hingga 2.00 petang.

JOM!
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog