Pengalaman Ujibakat Masterchef Day 1

Pengalaman Ujibakat Masterchef Day 1

Tanggal 16 Jun 2012.. satu pengalaman baru bagi cikgu. Bersiap-siap masak dari rumah seawal jam 4 pagi, pukul 8 pagi keluar rumah. Sekitar jam 9, sampai rumah kakak di Subang dan dengan diiringi doa dan jampi serapah, kami berempat- cikgu, kakak (aniza) anis dan Ayu (anak akak) bertolak dengan berbunga harapan menuju puncak kegemilangan (ceh ada pulak).

Dengan sesat-sesat sikit (ceh, padahal sekangkang kera je dari umah kakak tu).. kami sampai dengan bangganya di Taylors college Lakeside. Tepi jalan highway lepas sunway piramid.ni mapnya..
he.ehh..smpai je.parking dah la jauh..panas lak..menapak la 4 beranak ni..tgk orang macam ulat..huhuh..dengan semnagat kesukanan yang tinggi dalam diri, berlari keayuan menuju tempat pendaftaran.. Mak oi..panjangnya..huhuhu.. dan kami pun beratur di hujung tangga dengan sabarnya.

Nasib baik borang dah isi, so submit je..No bertuah yang cikgu pakai ialah KL 0219. Maksudnya orang yg ke 219. Sampai kul 2 tu tgk no dah 400 lebih..giler ramai..Dan kami dengan tenangnya menunggu sambil bergosip adik-beradik..(heeeee)

Jam 1.30, masa azan zohor, kami dipanggil duduk dalam 40 orang mengikut giliran dihadapan dewan hidangan. Masa tu sesaje je produser namanya Rizal, buat cam ice breaking. Dia panggil sorang-sorang perkenalkan diri. Bagi soalan yang saja nak bako-bako masing-masing sebelum hidangan..Nasib baik cikgu dan kakak tak kena sbb tengah- Jam 2 lebih, kami dengan tawakal melangkah masuk ke dengan hidangan.Dag, dig , dug...

Dalam tu, kami di beri masa 5 minit utk plating- hias makanan dalam pinggan. Panaskan makanan dalam microwave, pinggan mangkuk semua ada guna yang situ je. Masa ni berpeluh jugak la, sebab bab menghias tak pandai. Sori takde gambar sebab diorang tak bagi tangkap gambo..huhuhuuhu
(cilok gambar kat masterchef nya fb)

Selesai 5 minit, semboyan dibunyikan. He..sempatla mengelap sisa-sisa tepi pinggan. Dalam hati, alamak abiskan ancus...sebab ada 4 baris, 4 chef akan merasa setiap hidangan ikut giliran dan barisan. Haritu yang merasa masakan saya ialah Chef Rizal. Oh ya - hidangan yang cikgu masak simple je- Rendang Hijau ayam bersama sayur brokoli,carrot dan kobis bunga rebud dengan sos masam bawang putih. ala-ala fusion gitu! western meet malaysian.. La sangat........ Sampai giliran kakak, chef kata- jumpa lagi tahun depan..berdebor gak.(huhuhu, habislahriwayat glamor akak tu)..berdebor chef ni abis dikiai-kirai , dikais-kais masakan rendang ijo yang mantap tu! Chef komen- Rasa ada- cuma pecah minyak sikit... Dan dia kata. Ok, kita jumpa lagi lepas ni.... Dan kat borang di bulatkan YES...yes..alhamdulillah...

Pengumuman dibuat, yang tak berjaya kena keluar terus (kejamnya)..dan say by by buat kakak, I stay lagi...bye bye..hehhe...dari 40, tinggal 12 orang je. Kami pun menunggu dalam tu. Kami diberi taklimat akan ada pusingan kedua, dan kami beratur keluar pintu belakang. Sebelum keluar pintu tu, krew bgtau ada kamera n kena berlako jerit-jerit seronok.. Cikgu ni depan sekali dan paling kuat jerit yes tu..isk malulah pulak...huhuhuhu...Kalo kuor TV nanti(nak sorok muka mana?)huhuhu

Jam dah tunjuk jam 4 petang. Zohor belum. Gi solat n tunggu kat depan bilik ujian kedua. Ujian kedua ni ujian personaliti........Penat la tulis.. Sambung esok ye.. Nak tau citer kena tunggu!!!!

(Gambar ngan Chef adu amran ni depan bilik ujian personaliti tu..)

*****RAHSIA CIKGU KEKAL BERTENAGA SEHARIAN- MESTILAH DENGAN MENGAMALKAN MAKAN SUPPLEMEN SHAKLEE******




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog