Pengalaman Ujibakat Masterchef Day 1 - episod 2

Jeng,jeng ,jeng..sambungan cerita penglipurlara semalam. 
Layan gambar kakak dan anak-anak ni dulu. Cikgu takde sebab tak giler posing.heheheh..pemalu lah katakan.

Ok, Cikgu teruskan cerita sebelum ada yang hempuk kepala dekat keyboard atau baling monitor. heheh..

Lepas menunggu dengan sabar dan doa yangpanjang lepas solat zohor yang lewat tu, dengan debaran nombor cikgu dipanggil. Bersama iringan doa, kakak dan anak-anak mengiringi keberangkatan cikgu masuk mengadap. Ada dua ruang 'interview' tu, tapi cikgu bertuah di bawa masuk ke dalam bilik bertutup yang lebih gelap. Krew kata ada suprise. Sabar je lah.

Dengan lafaz bismillah cikgu memberanikan menolak pintu. 'kreekkkkk' isk.payah plak pintu ni. Berat lah katakan..hehehehe..
"Assalamualaikum.."
 dengan suara yang ayu dan paling nipis sekali, cikgu masuk dengan sapaan salam yang cukup berhemah. Ada 5 orang juri, sebiji kamera besar gedabak dan 2 orang krew. fuhhhhhhh... (tiup dulu orang dalam tu). Nak tahu siapa yang menjadi juri? Ni hah..
 Cikgu tak amik gambar. NI gambar cilok dari fb masterchef. Tapi diorang nilah yg jadi juri. Ada Zainal alam n Raja Azmi.. Fuh, cuak sekejap.Cikgu di suruh berdiri di tempat bertanda X. dengan sopan santun cikgu melenggang ke tempat itu. Zainal Alam memecah keheningan dan ketegangan situasi dengan menyuruh cikgu memperkenalkan diri. Krew kamera tak habis-habis suruh cikgu pandang kamera dan bukan pandang juri-juri tuh. Payah gak!

"Nama saya blalalalalalalalalallalala"..
cikgu pun memperkenalkan diri dengan penuh semangat waja dan suara yang kuat selari dengan status sebagai seorang guru yang bersuara lantang!

"Tujuan saya masuk Masterchef ini adalah kerana saya ni suka bertanding. Saya sukakan cabaran dan balalabalablabalbalbabla"....
ntah apa ntah lagi cikgu 'cong' diorang..Tapi memang cikgu katakan yang cikgu seorang yang suka bertanding dan itulah sebab utama cikgu masuk masterchef ni.
"Saya nak masuk AF tak boleh. takde bakat. kebetulan saya ni bolehla memasak, maka sya masuklah Masterchef"
Diorang seakan terkesima dengan penerangan cikgu yang tak kenal erti 'berhenti' dan lelah. Zainal Alam bertanya tentang kerjaya cikgu yang murni sebagai seorang cikgu PJ. Maka cikgu pun ceritalah betapa bahagianya cikgu mengajar dengan penuh keazaman dan kasih sayang buat anak murid tercinta ;)  dan alkisahnya dalam tu kami cuma berborak-borak sekitar hal-hal duniawi.

Cikgu pun tak perasan berapa lama cikgu dalam tu, agaknya dalam 15 minit. Minit terakhir, Zainal Alam menyuruh cikgu mengambil kertas berwarna merah yang diletakkan di atas kerusi dan membacanya. Dalam hati kengkonon tak tau, tapi dah boleh agak tadi yang dapat bawa keluar kertas ni, dengan hati berbunga riang dan kengkonon buat tak tahu kertas apa, cikgu mengambil dan membacanya. Dengan muka terkejut penuh lakonan, cikgu berkata
 " Saya berjaya?" ( ceh, buat- buat tanya pulak)
" Ye, betul, tahniah!"

yeyey! betul dapat kertas merah ni. Sangat bersyukur,alhamdulillah...Allah kabulkan doa, dipermudahkan. tak tahu apa lagi lepas ni. Dengan hati berbunga riang, cikgu keluar dari bilik itu dan mulut ni tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada para juri kerana memberi peluang kepada cikgu. lalalalalalalalala..


Keluar-keluar je pintu kamera menanti. Cikgu dah keluar, tepukan daripada peserta lain yang menunggu..eh, macam menang award..heeeee.. tapi, Cikgu kena masuk balik, sebab krew tu nak interview cikgu lagi.
Uh, ingat dah boleh balik. Maka, dengan poyo cikgu kena ulang balik cara cikgu buka pintu dan membuat lakonan keluar bilik memegang kertas merah dan meloncat kegirangan....(Wah...Kayu gitu...)

"Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang telah menyokong cikgu blablablabla......"
Ayat-ayat penyedap hati yang ntah apa-apa berterabur nak cakap inpromptu ni payah..hihiihihi

yang paling best
" Tunggu saya esok akan menunjukkan kehebatan saya memasak di dapur masterchef" cam poyolah sikit (ayat orang tu suruh cakap!)

Masih lagi belum boleh balik. Cikgu kena tunggu untuk taklimat tugasan esok. (hari kedua). kenal tak Rina yang pengacara NTV9 n radio apantah tu. Dia yang bagi taklimat ni. selepas habis taklimat, sekali lagi kena panggil nak berlakon sikit katanya...huish...

Ngan sungguh skemanya cikgu menyerah diri. Ingat nak suruh buat apa, rupanya kena buat rakaman nyanyian sikit..Alamak, dah la fail bab nyanyi ni... 5 kali take untuk rakaman kurang seminit ni. Kena menyanyi korus lagu masterchef tu. Kami berempat ni, sorang je yang hafal. Maka kami menghafal masa tu juga beserta dengan gerak tarinya. Cikgu menurut perintah!

 Lebih kurang gini, video nya ada kakak ambil... sangat lawak, harap-harap nanti takde la scene ni..Tunggu je lah nanti kalau ada...hehehhehe


itulah sahaja pengalaman cikgu pada hari pertama yang agak menjerihkan. Syukur Alhamdulillah dengan makan supplement Shaklee cikgu tetap kekal bertenaga dan aktif sepanjang haritu. psstt- ada kawan tu yang bertanya kenapa muka cikgu nampak elok je..tak berminyak?heee...Shaklee rahsianya..

Nantikan sambungan pengalaman cikgu pada hari kedua yang lebih mencabar. Sekian terima kasih.

Jangan lupa orderlah vitamin Shaklee untuk mengekalkan kesihatan badan!heeeee

jangan lupa komen ya......




Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog