Umrah dan ziarah- set vitamin

assalamualaikum w.b.t. Mudah-mudahan hari yang mulia ini semua orang dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. 


Tinggal 10 hari lagi sebelum suami, ibu mertua dan adik ipar akan bertolak untuk menunaikan umrah. Musim sekarang ni. Cikgu tak dapat ikut sebab banyak masalah teknikal. Tak di jemput lagi .;(
Mudah-mudahan perjalanan mereka berjalan dengan baik.. Hanya kirimkan doa mudah-mudahan cikgu pula dapat perlu ke sana..


Dah namanya cikgu vitamin, persiapan cikgu dari segi nak bagi kesihatan dan persediaan vitamin apa nak bawa ke sana. Mudah-mudahan dengan makan vitamin ni, kesihatan kat sana terjamin dan dapat beribadah dengan baik, dengan izin Allah jua.




1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah & haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Sekiranya badan terasa seperti hendak demam, ambil sebiji Vitamin C, dipatahkan dua sebelum dimakan. Ambil 2 biji sehari sehingga demam kebah.

4. Vita-Lea - Multivitamin yang lengkap. Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.

5. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.

6. Nutriferonpenggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan. Kenapa ni? supaya imum sistem kat sana kuat. Maklumlah banyak debu, cuaca panas-kering..mudah-mudahan imum system yang kuat dapat menjamin kesihatan semua...amin.

Banyak?tak banyak pun..ada trial pek..mudah bawa ke sana..cuma ostematrix satu botol dan performance drink yang bawa satu can..Lagipun makan untuk bertiga..insyaallah.
Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menetukan. Harapan supaya, suami, mak mertua dan adik tak culas makan vitamin ni..mudah-mudahan kesihatan mereka baik sepanjang di sana..Amin.



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog