Galak anak berpuasa!

Galak anak berpuasa!

Ramadhan datang lagi. alhamdulillah. Pening kepala tahun ni bukan sebab tak tahu nak masak apa, tetapi lebih kepada fikirkan cara nak galak anak puasa.

Tahun ni anis dah 7 tahun. dah bersekolah. wajarlah dia berlatih berpuasa. Lebih-lebih lagi di sekolah. Malu dengan kawan-kawan yang rata-ratanya berpuasa.(sekurang-kurangnya berpuasa di sekolah!) hehe

Maka, misi tahun ni banyak cara nak galak si Anis berpuasa. latihan buat dia agar lebih berdisiplin. Walaupun begitu, kita hanya beri galakan, bukan paksaan.

Tips galak anak berpuasa.


  1. Ajar anak berniat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Masa bersahur, makan bersama-sama dan pastikan masakan sahur makanan kegemaran dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh anak mandi dan segarkan badan.
  5. Tanya anak makanan kegemaran untuk berbuka, beri peluang anak membantu siapkan hidangan berbuka!
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah - kang letih nak air pula..
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. biskut kering pun boleh terliur...
  8. Beri galakan dan sokongan semasa berpuasa. Berikan semangat dia boleh berpuasa!
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. Contohnya Mealshake dan performance drink yang sangat memberi tenaga pantas!sekejap je yg tadi melepek dah bertenaga. InsyaAllah!


Cara cikgu galak anis berpuasa adalah dengan cara halus. Secara mental dan psikologinya, kita perlu banyak bersabar melayan karenah dia. Pelbagai alasan yang diberi, kita perlu bijak menjawab secara logik. Budak-budak ni kalu beri alasan logik insyaallah mudah terima. Ibu ayah banyakla berdoa mudah-mudahan latihan puasa ini menjadi benteng untuk anak kita lebih memahami kelebihan dan kepentingan berpuasa kelak. mudah-mudahan.





Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog