Menghilangkan Hitam bawah mata

Hilangkan hitam bawah mata

Petua, petua, petua.. oh berilah aku petua nak hilangkan hitam/ gelap bawah mata ni. itulah dilema yang cikgu sejak sebelum kahwin lagi. Bila nak mekap masa kahwinlah paling tak best sebab memang susah nak hilang walaupun pakai concealer bagai. situasi ini berterusan sampailah anak dah dua. pelbagai produk dah guna. dari sapu, roll-on, timun, kentang, tea-bag..uish..macam-macam. Namun, masih ada. Jadi, bagaimanakah?
(gambar gugel je..cikgu malu lah)

Penyebab hitam/gelap bawah mata

ada banyak sebab terjadinya keadaaan ini, antaranya ialah;
  1. Genetik - lebih cenderung kepada orang yang berkulit hitam dan kita-kita orang asia ni yang lebih banyak melanin pada kulit. (nak buat camno kan?)
  2. Banyak terdedah pada cahaya matahari (sun damage) - sangatlah bertepatan dengan cikgu yang dari belajar lagi sangatlah terdedah dengan cahaya matahari dengan sangat banyak dan tidak mengutamakan kesihatan kulit. Ia menyebabkan kulit kita lemah, terutamanya kulit bawah mata!
  3. Allergy - orang yang selalu alergi, bersin-bersin menyebabkan lingkaran gelap ni makin parah.
  4. Penuaan - Makin menua (mestilah makin tua kan?takkan makin muda. Bila makin tua ni kulit makin hilang keupayaan mengekalkan kolagen dalam kulit, maka kulit bawah mata yang sangat halus ni menjadi mangsanya.
  5. Stress
  6. Tak cukup tidur
  7. Terlebih kopi, teh, alkohol, merokok dan melakukan perkara yang tak berfaedah setiap malam!(jaga malam ler)

Tips hilangkan lingkaran hitam bawah mata 

Terlebih dahulu, kita kena tahu penyebab utama terjadinya lingkaran hitam tu.-

  • Bagi kes cikgu yang mengalami kerosakan akibat terlampau banyak terdedah kepada cahaya matahari, cikgu amalkan makan vitamin C Shaklee Sustained release Vita-C 500 mg yang membekalkan 500 mg Vitamin C dan 120 mg bioflavonoids! Vitamin C dapat menguatkan dinding salur darah kita. Malahan vitamin C ni penting dalam pembentukan kolagen! sunburn yang biasa tu mudah pulih dengan pengambilan Vitamin C ni. Baca ni. pengalaman cikgu sunburn

  • Bila dan semakin tua ni, kulit memang mudah hilang elastisitinya. Kerana kurangnya kolagen. Maka cikgu mula mengamalkan kolagen Shaklee Collagen Powder. Penggunaan berterusan selama 4 minggu telah dibuktikan melalui ujian klinikal dapat  Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sebanyak 55%Sehari satu paket membekalkan 4000mg proprietary RSS Collagen. (RSS tu Red Snapper Scale - sisik ikan merah). 

  • Kalu kita alergy, insyaallah hilang dengan pengamalan Vita C dan alfalfa. stress hilang, m udah tidur, maka takkan jadi lagi gelap bawah mata.. tapi nak hilangkan kesan yang ada tu, ikut langkah-langkah cikgu di atas ya.

Pengalaman cikgu sendiri, dengan kolagen ni dan pengambilan Vitamin C, lingkaran gelap bawah mata cikgu berkurangan. Wah...sangat kagum! dalam masa 2 minggu je..ada 2 minggu lagi, kot-kot boleh hilang terus..yahooo..

kolagen

Nak ke?call cikgu ya...jom la cantik bersama!


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog