Latihan anak ke tandas!


By by lampin!


Sampai masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin? By by lampin.. sedikit demi sedikit sejak Faiz dah mula pandai rasa nak kencing, cikgu mulakan latihan Say no to Diapers.... (jimat maknya)

Latihan Faiz bermula sekitar umurnya 2 tahun 3 bulan. Masa cuti, sebab bibiknya takkan sabar dan malas nak jaga. Latihan hanya bila cikgu di rumah. Waktu cuti sekolah adalah masa yang sesuai. Latihan secara berperingkat.



Tips melatih kanak-kanak ke tandas

Langkah berikutnya ialah bertanya dari masa kesemasa, 
“Adakah anda perlu ke tandas?” Biasanya tanya bila anak baru bangun tidur. Bukalah lampinnya dan biar dia bebas dari lampin. Tanya berulang kali.
Berhati hati jangan terlalu mendesak. Jika jawapannya ia, anda perlu bertindak segera. Bagi seorang kanak-kanak, adalah satu perkara apabila merasa ingin membuang air, tetapi untuk menahan sehingga duduk diatas bekas tandas kanak-kanak dengan seluar terbuka adalah satu perkara yang lain. Ia akan berlaku juga akhirnya.
 Lama kelamaan anda akan semakin mempercayai anak anda mengenai memberitahu anda tentang bila dia perlu ke tandas. Sebab bukan setiap kali bila anak beritahu nak kencing, dia akan terkencing.. Tumpahan berlaku jua.. Bersedia!

 Beberapa tips dan nasihat mengenai latihan kanak-kanak ke tandas yang berjaya 

• Bertenang- jangan terlalu taksub mengenai melatih kanak-kanak ke tandas.Ia akan berlaku akhirnya. Bersabar ya!

•Jangan bermula terlalu awal-umur yang sesuai untuk bermula biasanya ialah diantara dua hingga tiga tahun. Bila dah boleh merasa nak hajat dan dah boleh bercakap, oklah tu!

 • Jangan paksa anak anda.-Jangan denda anak anda-Kesilapan dan tumpahan adalah perkara biasa. Beri pujian pada kejayaan tetapi jangan denda kesilapan dan tumpahan. 
Jangan suruh anak pula yang lap ya?

• Berikan anak anda minuman secukupnya. Ini akan membantu kearah matlamat. 

• Pimpin melalui teladan. Biarkan pintu tandas terbuka apabila anda ke tandas supaya anak anda tahu bagaimana ianya dilakukan. 

• Pastikan bekas tandasnya adalah mudah dicapai supaya mereka boleh mengambilnya sendiri dengan segera.

 • Belikan bekas tandas untuk patung mainan anak anda dan letakkan disebelah bekas tandas anak anda. 

Ini membuatkan ia lebih menarik untuk ke tandas. Selamat Berjaya! 


Sekarang Faiz hanya menggunakan lampin bila malam. Yahoo..kesabaran membuahkan hasil! Bersabarlah dengan anak anda semua! Belikanlah vitamin untuk anak anda!


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog