40 minggu nan indah

40 Minggu Nan Indah



Alhamdulillah... Buku ini bacaan cikgu masa mengandungkan Faiz. Kini, kitaran bermula lagi..heheh..Cikgu korek balik buku ni masa disahkan mengandung masa minggu ke2. awalnya cikgu tau! biasalah dah 2 kali mengandung, dah boleh agak!

Memang seronok bila kita disahkan mengandung. Terkejut pun ada. Tak sangka pun ada, dah lama merancang kan! Tapi alhamdulillah, Faiz dah besar, dah pandai kencing sendiri, buka seluar sendiri, pandai bercakap. Sampai masa jadi abang. Anis pun gembira!

Cikgu baca buku ini sebagai panduan buat cikgu. walaupun buku ni dah lama, tapi masih relevan. ada banyak tips. Kali ini, perjalanan mengandung kali ni ( minggu ni minggu ke 12) banyak kelainannya!huhuhu. Walaupun mengalami morning sickness agak teruk berbanding anak yang lain, cikgu jadikan cabaran. Dengan Shaklee, semuanya lebih mudah..ehheheh..telan je..walau tak lalu. Alhamdulillah, product Shakle bnayak membantu dari segi ketahanan badan. 2 kali checkup- hb darah cikgu sgt baik!alhamdulillah

Cikgu akan cuba update perkembangn cikgu dan kenadungan.ehhe..azam baru anak ni!
OK, jom kita tgk apa yg berlaku dalam rahim sekarang!



  • Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
10 weeks after conception 
(12 weeks after the last menstrual period)


Actual size = 2 1/2 inches long from crown to rump (63.5 millimeters),
about the size of a lime 


  • Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

  • Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

  • Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
  • Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.




jumpa lagi minggu berikutnya! yeay..



Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, sila sms atau call Cikgu Hani 016 208 9081
 email= hanijalani@gmail.com Whatsupp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog