MERANGKAK lah lagi anakku..

Seronok tengok anak mula merangkak, macam comel je dia kan? selain daripada perkembangan fizikal dia, merangkak juga merangsang perkembangan emosi dia. Jom kita galak anak merangkak lama-lama.
Apa yang penting ni merangkak ni?
Aktiviti merangkak sebenarnya membantu bayi mengasah kemahiran koordinasi mata dan tangannya. Dan akhirnya ianya turut membantu kemahiran membaca dan menulis.
Apabila merangkak, bayi menggunakan visi binocular – melihat ke depan, arah yang ingin dituju, kemudian melihat ke bawah (tangan) untuk bergerak. Perbuatan ini diulang-ulang sepanjang tempoh merangkak menuju ke arah impian itu.
                                            (gambar hiasan Fathi seronok explore)
Apabila bayi besar dan memulakan persekolahan, kemahiran ini membantu mereka di dalam kelas. Memandang ke papan untuk melihat apa yang dipaparkan, kemudian melihat ke dalam buku untuk menulis. Sebagai guru pj, aktiviti PJ tahun satu juga ada pergerakan merangkak. Jangan terkejut memang ada murid yang tidak boleh merangkak! 
Selain daripada itu, terdapat juga teori yang mengaitkan merangkak dengan masalah ADD/ ADHD dan Autistic Spectrum Disorder.
Tetapi saya tidak mahu berbicara panjang tentang itu..Apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah, ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang aktiviti merangkak untuk bayi. Pastikan bayi melalui fasa merangkak ini secukupnya.
 #Jangan asyik letakkan bayi dalam walker, stroller, digendong atau dalam play-pen.
JOM GALAK ANAK ANDA MERANGKAK LAMA-LAMA :)
  • Pastikan bayi mendapat tummy time (ditiarapkan) secukupnya terutamanya semasa bayi berjaga.
  • Elakkan atau kurangkan penggunaan walker, stroller,buaian dan apa saja yang menghalang bayi mempraktikkan fasa ini.
  • Sediakan ruang yang mencukupi untuk bayi merangkak, dalam play-pen sama sekali tidak cukup K!
  • Semasa bayi meniarap, alihkan permainan kegemaran mereka bukan setakat ke depan sedikit saja, tetapi juga ke arah kanan dan kiri, supaya bayi berusaha untuk mencapai mainan tersebut.
  • Letakkan cermin di atas lantai (bersandar pada sofa) supaya bayi dapat melihat imejnya bergerak.
  • Ibubapa patut merangkak dan meniarap juga bersama bayi, bayi lebih gemarkan anda berbanding permainannya itu.
  • Gunakan alas lantai yang berkotak2 (hitam dan putih macam dam aji tu) dan biarkan bayi bermain di atasnya. Bayi akan mudah mengesan bahawa dia bergerak apabila di atas lantai sebegini daripada di atas alas yang sama warna.
Akhir kata, tidak semua bayi merangkak dan tidak semua bayi yang tidak merangkak akan mengalami masalah apabila membesar kelak. Ini cuma ikhtiar kita. Jom galak anak merangkak dan ransang kreativiti motorskil anak anda. Jangan risau pulak anak anda tidak merangkak, TERUSKAN. Enjoy motherhood journey!

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan NAK HARGA TERBAIK?sila sms atau call Cikgu Hani 019 271 0642 
 Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com Whatsapp = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog