Merangkak lah sayang..


Pada usia antara enam bulan hingga setahun, bayi yang sihat mempunyai keinginan kuat untuk bergerak di atas kawasan rata.

Pada mulanya ia memang sukar bagi mereka kerana perlu berusaha untuk menggerakkan anggota badan, kaki, tangan dan menyempurnakan pergerakan seperti meregang, berguling dan merangkak.



Bayi berasa puas apabila mereka berjaya mencapai matlamat mereka seperti ingin memegang mainan yang berada di satu sudut ruang, selepas belajar menyusun pergerakan untuk sampai ke mainan itu. Kemudian bayi akan meneruskan perkembangan pergerakannya dengan berusaha untuk berdiri pula.
Merangkak sangat penting dalam tahap perkembangan anak. Merangkak tak hanya berfungsi sebagai proses kehidupan, namun punya banyak manfaat dalam perkembangan anak. Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia bergerak dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk saraf dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.



PENTING KE MERANGKAK NI?
  • Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau. Sebenarnya kalau stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda semakin bagus. 
  • Banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. 
  • Apabila anak kita merangkak lebih lama,bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik. Ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari ahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. 
  • Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia maju dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk sarat dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.
  • Kebanyak org tua kita cakap berjalan cepat tu bagus. Tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai,biarlah dia merangkak selama yang boleh. Sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya ialah dengan merangkak. dah cuba?

Bagaimanapun, merangkak adalah fasa penting dalam kehidupan bayi. Jadi, galakkan bayi anda merangkak secukupnya!


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan, 
sila sms atau call Cikgu Hani 019 2710642 
email= hanijalani@gmail.com 
Whatsapp je pon boleh = 019 271 0642

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog