Baby suka bergayut susu / mengempeng tu bahaya!

Suka mengempeng! Bergayut je si anak ni. Asal cukup sejam akan terbangun dan menangis minta susu. Paling teruk juga bila tak sampai sejam dah bunyi, mata tak bukak, mulut je bunyi.

Masa malam lah si ibu-ibu nak berehat melepaskan lelah, kena pulak si anak meragam dan mengempeng setiap sejam. Bahaya tak? memang bahaya...... bahaya kalau ibu-ibu tak cukup sabar... :)
http://www.vitamincikgu.com/
Alhamdulillah, setiap sejam anak bangun dan minta menyusu tandanya anak kita masih bernyawa, bernafas dan masih mahu menyusu
Kalau tak bangun-bangun menyusu? T_T
Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk kita menyusukan anak. Sambil baring je, tak perlu bangun basuh botol, isi air panas dalam botol, letak susu, terkena air panas kat tangan, goncang botol...malam-malam gelap tu. Alhamdulillah
Alhamdulillah, satu malam atas asbab menyusu saja Allah beri ganjarana dan pahala yang banyak keran kita menyusukan anak. Alhamdulillah

Tapi, kenapa anak ni asik nak bergayut / mengempeng aje?
  1. Ada fasa yang dinamakan Growth spurts. rujuk sini Growth spurts atau kita selalu cakap pasal baby beralih bulan. Bila beralih bulan, dalam masa 2 atau 3 hari baby akan meragam, merengek, dan suka mengempeng tak kira masa. Kadang-kadang masa baby nak tumbuh gigi, nak mula merangkak, mula berjalan akan jadi masalah ini. Caranya? Layankan aja. Sekejap je tu.
http://www.vitamincikgu.com/
2.Kes Reverse Cycling. Baby lebih suka bergayut masa malam, sebab siang macam tak dapat menyusu lama atau menyusu dengan tenang. Biasala siang baby suka main-main. Bila malam dia dapat mak dia sepenuhnya, bergayut je kerjanya.

3. Susu tak cukup, sikit, kurang pekat. Selalu ibu-ibu akan mengeluh rasanya macam susu mereka sikit atau tak cukup, so anak asik bergayut. Tahniah, sebab proses bergayut akan menyebabkan susu anda bertambah nanti. Sebab demand yang banyak, lepas ni bertambah-tambahlah susu. Kalau nak susu banyak dan pekat, jemput baca SET SUSU BANYAK :)

Apa nak buat bila baby suka mengempeng/ bergayut je?
  • Teruskan menyusu dan layan kehendak baby.
  • Selepas mandi petang, urut baby nak kasi baby relax dan tenang dan mudah tidur lena.
  • Ibu-ibu ambil kesempatan lena / quick nap bila baby menyusu sekali.
  • Makan makanan seimbang, minum air banyak dan makan supplemen. 
  • Bila baby menangis tu, cek jugala diapers dia, kot penuh ke, berak ke...
  • Cek juga kot perut kembung sebab tu meragam.

SEKALI LAGI, SYUKUR ALHAMDULILLAH. Kita insan terpilih, dapat mengharungi semua pengalaman ini. Semua ibu-ibu merasainya. Jangan bersedih, jangan tensen, jangan rimas. Banyak ganjarannya menjaga dan menyusukan anak ni. Ganjaran di dunia, melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna. Priceless. Siapa setuju? Angkat tangan.

Siapa ada tips lain? jom kongsikan..
http://www.vitamincikgu.com/
(tepuk tangan, suka, suka suka....)



NAK HARGA DAN KONSULTASI TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog