SUSU BADAN KURANG, kenapakah?

Tahniah kerana anda ingin menyusukan anak kesayangan dengan cemerlang. Semangat mesti kena ada. tapi, masa bulan puasa ni, sebab berpuasa, rasanya macam susu badan pun sikit. Anak rasa tak puas minum. Macam mana ya?

Sering kali kita dengar masalah ni. Asal puasa je,  susu takde. Puasa, takde susu. Bukan masa ramadhan saja, tp masa buat puasa ganti, puasa sunat dan lain-lain.

Kenapa?
Sebab kita rasa kita tak minum air, maka susu tak terhasil kan? Sebab rasa tek kempis je..rasa susu takde kan? Sebab anak asik menangis je, kita rasa susu tak cukup kan?

Lihat kembali apakah sebab SUSU BADAN MERUDUM masa bulan puasa.
  1. Kurang minum air masak ketika berbuka / bersahur
  2. Banyak sangat minum air manis-manis (air manis membuat kita lebih dahaga dan menyerap air masak lebih banyak dalam badan, mempercepatkan dehidrasi)
  3. Makan tidak berkhasiat ( makan sahur tak lalu, maka sekeping roti sahaja)
  4. Kurang mengepam kerana rasa susu takda. (ANDA RASA SAJA)
  5. Kurang penyusuan terus - Direct breastfeeding kerana anda rasa anak cepat mengamuk, susu tak keluar.
  6. Tidak amalkan makan supplemen untuk badan sihat, kuat, cergas dan SUSU BANYAK.
  7. Kurang sabar, kurang amal, kurang doa :)
BANYAK sangat yang kurang, sampai SUSU pun 'rasa' KURANG.

Jangan begitu sayang.. teruskan usaha anda. Perbetulkan mana yang kita boleh lakukan. Buat semula apa yang biasa kita buat untuk banyakkan susu badan. Jangan kerana kita tak makan dan minum di siang hari, kita kekurangan SUSU. Kesiankan anak-anak comel kesayangan tu.


Kita tengok balik apa lagi kita boleh buat untuk banyakkan susu. Baca tips ini klik TIPS BANYAK SUSU


  1. Selalu bersihkan puting masa mandi untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
  2. Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  3. Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  4. Makan makanan yang menggalakkan susu.  Klik makanan semulajadi atau set Spt Shaklee set Breastfeeding
  5. Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  6. Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di ta lifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  7. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
http://www.vitamincikgu.com/
8.   Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon    oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi
      tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).

9.  Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi            menghisap payudara yang satu lagi. (tandem nursing  n pumping)


NAK EBOOK PENYUSUAN? NAK TIPS TERBAIK PASAL PENYUSUAN?
http://www.vitamincikgu.com/

NAK HARGA TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog