Tips Puasa ketika hamil


Sepanjang tempoh kehamilan, ibu hamil yang telah melakukan pemeriksaan dan disahkan sihat boleh menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan. Menjalani ibadah puasa semasa hamil agak mencabar terutamanya buat ibu dan suami. Kesabaran yang tinggi dan pemantauan kesihatan harus diutamakan.

Jalani puasa dengan niat dan tekad yang bulat dan ikhlas agar hari-hari berpuasa terasa ringan dan membahagiakan meskipun sedang hamil.
Dapatkan Istirehat yang mencukupi. Cuba tidur sebentar antara waktu rehat atau 30minit sebelum Zohor.
Kurangkan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak atau memikirkan perkara yang berat dan memenatkan. Seboleh mungkin hindari stres dan buang jauh kebiasaan/dorongan untuk marah.

Ibu hamil boleh mengikut tips ini ketika berpuasa:

Ketika Sahur


1. Pilih makanan yang mengandungi tinggi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama dan dapat melambatkan rasa lapar di siang hari. Sebaiknya ibu hamil mengambil makanan berasaskan daging. Daging adalah makanan yang mengandung kalori dan protein tinggi yang mampu disimpan didalam tubuh dalam tempoh yang lama. ESP ialah minuman berprotien tinggi.

2. Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.

3. Elakkan memakan makanan yang manis semasa sahur agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat insulin shock.

4. Sebaiknya usahakan meminum air putih / air kosong sebanyak-banyaknya sehingga tamat tempoh bersahur. Ambil sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari dan ditambah dengan segelas susu. Minum segelas susu semasa sahur dapat mengurangkan ancaman anemia (kurang darah) bagi ibu hamil. Kan tetapi, jangan minum air secara banyak sekaligus, ini akan menyebabkan cepat kembung dan rasa hendak pitam

5. Ambil Set Puasa Shaklee, banyak membantu. klik Set Puasa Shaklee



Segera berbuka puasa jika ibu hamil mengalami:

  • Muntah-muntah lebih dari 3 kali yang dikhuatiri menyebabkan terjadinya dehidrasi (kurang air dalam badan).
  • Mengalami diaera (sakit perut) yang diikuti rasa memulas.
  • Pendarahan yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah petanda kondisi tubuh sudah tidak stabil
  • Pitam, pening diikuti dengan mata yang berkunang-kunang petanda hipoglikemia (gula rendah) dikhuatiri janin mengalami kekurangan gizi.
  • Peluh berlebihan; khususnya peluh dingin petanda bahawa kondisi fizikal ibu hamil sudah tidak kuat lagi untuk berpuasa
Ketika Berbuka

1. Berbuka dengan minuman hangat dan manis untuk meningkatkan kadar gula dalam darah, tetapi ibu hamil juga harus tetap menghadkan makanan dan minuman yang manis. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda.

2. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

3. Seterusnya ambil makanan yang mengandung karbohidrat ringkas yang lebih mudah diserap tubuh, seperti kurma.

4. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.

5. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.

6. Setelah solat maghrib, makanlah dengan kadar yang lebih besar, tetapi jangan terlalu berlebihan, makan secukupnya sahaja. Usahakan untuk mengambil makanan walaupun sedikit setelah Solat Terawih.

7. Ambil minuman panas seperti susu sebelum anda tidur.

8. Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

9. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

10. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

11. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

12. Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.


IBU HAMIL DIGALAKKAN MENGAMBIL SUPPLEMEN UNTUK MELENGKAPKAN NUTRISI SEPANJANG KEHAMILAN.
MAHU CUBA SET SHAKLEE? LIHAT SINI. ORDER TERSU DARI SHAKLEE.





NAK HARGA TERBAIK?sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog