Bingka Labu Ajaib - guna pemanggang ajaib, siap!

Semua nak mudah je sekarang..
Kalau boleh semua ajaib, kelip mata je siap
Harini perkongsian utk minum petang ialah Bingka Labu
Ajaib sebab guna Pemanggang Ajaib..heheh

Sekarang ni kerja lebih udah dan cepat, masak-masak guna blender dan pemanggang ajaib je. Bagis aklau takde oven, malas nak keluarkan oven, ha..ikutla cara ni. Jom makan Labu yang berkhasiat!

Tambahan lagi, dalam satu riwayat juga disebutkan bahawa Rasulullah pernah meminta isterinya, Aisyah untuk memperbanyak masak buah labu. Sebab labu berkhasiat boleh mengubati hati yang sedih. Hal itu sebagaimana teks sebuah hadis -riwayat Hisyam bin Urwah dari Ayahnya, dari ‘Aisyah - 
“Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, Wahai ‘Aisyah! Apabila engkau hendak memasak di dalam tungku (sebuah masakan), maka perbanyaklah buah labu di dalamnya, kerana sesungguhnya ia dapat (berkhasiat) menguatkan hati yang sedih (sakit).”

Jom masak labu!

Amik resepi sedap dan berkhasiat ni dari blog ourkizuna dan kita tambah baik ikut citarasa sendiri. Jom buat!

Resepi bingka labu dengan pemanggang ajaib

Bingka labu ajaib, bingka pemanggang ajaib, masak guna pemanggang ajaib, bingka labu sedap, bingka labu, cara buat bingka, resepi bingka labu,
(ni la pemanggang ajaib)

Bahan bahan

  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan (aku guna santan dalam kotak dan tambah air)
  • 1/2 cawan susu cair (susu uht pon boleh)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula pasir ( masuk 1/4 cawan je, susu pekat manis pun dah manis, so tanak terlalu manis) 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi (pakai minyak sapi, sedap lemak..)
  • 1 stgh cawan tepung gandum , setengah tepung beras (kalau takde gandum semua pon boleh)
  • 2 cawan labu direbus dan dilecek (aku guna 1/2 biji labu sedang)
  • Sedikit bijan untuk tabur kat atas (kalau ada, kita takde..)

Bingka labu ajaib, bingka pemanggang ajaib, masak guna pemanggang ajaib, bingka labu sedap, bingka labu, cara buat bingka, resepi bingka labu,
(tenguk yg garis-garis tu bhgn bawah, n jadik gelembung sket, taktau sebab apa..ahha, hangit sket, api kuat sket..so ingat, api pelan2 je ye..)

Cara membuatnya


  1. Campur semua bahan kecuali labu lenyek kat dalam blender dan blend sampai sebati. Kalau takmau blend,kacau pakai whisk je. 
  2. Tapiskan bancuhan ke dalam labu lenyek. Kacau sekata.
  3. Nak blend sekali dengan labu pun tak apa. Tapi kalau tak blend sebab suka tengok urat-urat labu tu masa makan.
  4. Dah sebati, tuang dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak dengan api kecil selama lebih kurang 20 minit. Cucuk dengan lidi untuk make sure dah masak. 
  5. Terbalikkan pemanggang ajaib tu..masak lagi dlm 5 minit. 
  6. Tunggu sejuk baru potong. Hidang dengan air teh atau kopi..  Sedapnya

 Bingka labu ajaib, bingka pemanggang ajaib, masak guna pemanggang ajaib, bingka labu sedap, bingka labu, cara buat bingka, resepi bingka labu,
(gambar setelah letak dalam talam, sebab besar dan masih panas, nnt dah sejuk baru potong ye)

TIPS NAK BERSIHKAN BLENDER?

AMIK SEGENGGAM GARAM KASAR, TAMBAH AIR DAN BLEND KAN DALAM BLENDER TU SEKEJAP. BAU-BAUAN DAN BEKAS BLEND CILI SEMUA HILANG. DAN MATA PISAU LEBIH TAJAM. CUBALAH!

MUDAHNYA MEMASAK DENGAN PEMANGGANG AJAIB YE...HEEE


NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog