Cara buat popcorn ala garret sedap!

Dulu-dulu mak suka buatkan popcorn. Cepat je mak buat. Masa tu tak tau pon cara mak buat camna. Main makan je. Best kan makan popcorn sambil menonton rancangan kegemaran?

Ha, skang ni lagi mudah, suka sangat guna pemanggang ajaib ni. Petang  ni, cikgu rajin buat popcorn homemade ala garret la konon. Mudah dan sedap. Yang penting bersih dan halal. Jom layan Cara buat popcorn ala garret ni.

Cara buat popcorn ala garret yang sedap!

Bahan-bahan:
2-3 sudu besar marjerin/butter
Kuali yang siap ada penutup (pakai pemanggang ajaib)
2 genggam jagung kering (beli kedai kek ada, kedai giant pon ada kot)

Bahan-bahan sira
1 cawan gula perang
4 sudu besar salted butter/marjerin boleh gak
1/4 tin susu manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar vanila extract
Cara buat popcorn ala garret sedap! popcorn, cara masak popcorn, buat popcorn sendiri, resepi popcorn

 CARA-CARA BUAT

  1. Panaskan marjerin/butter. Bila dah panas, campak 2 genggam jagung, kacau sampai semua jagung dah kena minyak, tukarkan api jadi medium, tutup pemanggang ajaib tu. apaki kuali berpenutup pon boleh, periuk pon takpe :) 
  2. Then enjoy the show. Tengoklah jagung tu meletup dengan muka jakun. Dari situlah datang nama pop corn kan? pop pop je..
  3. Apabila popcorn dah start meletup, kalau boleh rajinkan diri gerak gerak, kacau kacau kuali tu dari luar. Tu untuk make sure semua pop corn meletup. Yang penting, jangan bukak tudung tu. Tunggu je sampai semua pop corn meletup dan tak ada bunyi letupan langsung lagi dah. 
  4. Lepas tu boleh tutup api.
  5. Keluarkan pop corn ni pastu letak kat bekas lain (jangan biar dalam kuali nanti boleh hangus). Dari 2 genggam terus jadi satu periuk penuh!

CARA BUAT SIRA GULA

  1. Dalam kuali yang lain, campurkan bahan bahan ni semua dan panaskan dalam api yang medium sambil kacau rata
  2. Campur semua bahan dan Kacau bahan ni semua sampai gula dan butter cair. 
  3. Teruskan kacau sampai dah nak mendidih dan bila je nak mendidih boleh terus padam api. Jangan biar dia mendidih lama sangat nanti kalau hangus rasa dia tak sedap. 
  4. Lepas tu, cuba try rasa dulu. Kalau kau rasa adunan tu manis, boleh letak nescafe satu sudu untuk balancekan rasa dia. Tapi kalau rasa dah ok/ minat manis, boleh proceed ke next step terus.
  5. Next, tuangkan caramel sauce tadi kat dalam pop corn dan kacau sampai rata.  Ratakan sampai  puas hati! 
Cara buat popcorn ala garret sedap! popcorn, cara masak popcorn, buat popcorn sendiri, resepi popcorn
(gambar atas tu popcorn yg belum sira, asingkan ye dulu, buat gula sira dulu)


STEP NI KALAU ADA OVEN DAN NAK POPCORN RASA SGT CRUNCY. KATA NAK ALA GARRET KAN?
  1. Ratakan popcorn tu semua atas dulang yang dah dialas dengan baking paper. Agak agak kalau tebal sangat popcorn tu atas satu dulang, pakailah 2 dulang. Kalau boleh kita nak layer popcorn tu nipis je, baru crunchy nanti. Oh dan time ni, pop corn akan jadi lemau sikit. Nevermind sebab kita akan bakar dia dalam oven pulak.
  2. Panaskan dalam oven selama 30 minit sampai popcorn tu nampak kering. Guna suhu 160 celcius dengan haba atas bawah. Setiap 10 minit, keluarkan dari oven dan kacau guna senduk. Kalau dia melekat, pisahkan. Baru nampak macam popcorn sikit!
  3. Perkara yang perlu take note kat sini, masa  baru bukak oven tu, memang standard popcorn tu rasa lemau sikit. Trick dia adalah  kena biarkan dia sejuk sikit baru popcorn tu crunchy dan sedap! So bila dah sedap maknanya popcorn dah siap lah! Boleh simpan dalam bekas kedap udara lepas tu! 
Cara buat popcorn ala garret sedap! popcorn, cara masak popcorn, buat popcorn sendiri, resepi popcorn
(gambar popcorn yang bawah dan ready nak masuk dlm oven)

HA, SENANG KAN?
sedap dan mudah. Dijamin halal dan murah lak tu. hehehheheh. Jom cuba buat popcorn lak! jOM LA SHARE entry Cara buat popcorn ala garret sedap ni. Sedap sangat, tak sampai nak tunggu malam nak layan tv, dah habis dah budak-budak dan bapak budak makan..huhuhuhuh



NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog