Bersalin Secara Normal atau Pembedahan, Mana Yang Nak Pilih?

Setiap ibu yang hamil pastinya telah mempunyai perancangan atau sudah berangan tentang kaedah bersalin nanti. Bahkan sejak disahkan mengandung, sudah mula mencari info tentang kaedah melahirkan anak yang paling selamat. Pastinya rata-rata ibu menginginkan melahirkan bayi secara normal, bukan secara belah perut atau pembedahan.

Perasaan bercampur baur ketika membaca pengalaman rakan-rakan tentang kaedah melahirkan anak ini. Memang ada yang sedari awal memilih untuk melakukan pembedahan Ceasarian, mungkin kerana menginginkan tarikh kelahiran cantik, atau tarikh terancang. Namun begitu, kaedah kedua-dua ini mempunyai risiko yang tersendiri dan wajarlah bakal ibu bapa mendengar nasihat doktor anda untuk kaedah terbaik.


Syukur Alhamdulillah, cikgu berpengalaman merasakan kedua-dua pengalaman bersalin. Secara normal ketika melahirkan anak pertama dan kedua dan secara pembedahan ketika bersalinkan anak ketiga. Syukur alhamdulillah, kesemuanya selamat dan mudah. Namun begitu, kata orang setiap anak memang memberikan pengalaman yang berbeza. Rezeki bersalin orang kata. Ada yang mudah ada yang sukar. Namun begitu, sekiranya di beri pilihan, manakah yang hendak dipilih? Secara normal atau secara pembedahan?

(GAMBAR ANAK KE 3)

Kelahiran Normal

Melahirkan anak secara normal mengikut definisinya ialah pada akhir kehamilan, janin keluar dari rahim ibu melalui laluan pangkal rahim (serviks).  Atau bahasa yang kita cakap ikut pintu. :)
Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin.
Ada 3 peringkat kelahiran, 
Fasa1 - pengecutan rahim dan air ketuban pecah. Kontraksi berlaku
Fasa 2 - Bayi keluar dengan pengecutan rahim
Fasa 3 - Uri keluar dengan sepenuhnya.

Kelahiran secara pembedahan ( caesarean)


Pembedahan Caesarean / czer adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Kita biasa juga cakap bayi keluar ikut tingkap. :)
Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:


Mana yang lebih selamat, bersalin secara biasa atau czer?

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. 

Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda. Oleh itu, lebih banyak risiko si ibu kena tanggung semasa pembedahan dan selepas pembedahan.

Pengalaman bersalin secara normal

  1. Sakit kontraksi yang lama, berpanjangan kurang 24 jam bagi anak pertama.
  2. Perlu mempunyai tenaga dan cara meneran yang betul semasa proses melahirkan bayi.
  3. Risiko terkoyak secara sendiri atau digunting (episiotomi)
  4. Sakit sewaktu bersalin sahaja, selepas baby keluar, rasa sakit hilang :)
  5. Lepas bersalin, boleh menyusukan anak terus kerana tiada kesan bius.
  6. Lebih mudah bergerak, kesan luka episiotomi sikit atau kecil sahaja.
  7. Cepat sembuh, 3 atau 4 hari badan lebih cergas.

Pengalaman bersalin secara pembedahan

  1. Kurang/tiada sakit kontraksi. Terus masuk Labor/labour room.
  2. Diberi bius penuh satu badan / separuh badan.
  3. Masa bersalin yang singkat.
  4. Tempoh nak menyusukan anak kembali agak lama, kerana mungkin kesan bius ibu masih ada, rasa mamai dan mengantuk.
  5. Kesukaran hendak bangun dari katil, perlukan bantuan orang.
  6. Sukar hendak angkat anak, menyusukan perlu kedudukan yang selesa.
  7. Penjagaan pantang yang lebih, tidak boleh bertungku dan pakai bengkung ;(
  8. Luka lambat sembuh kerana kesan luka yang lebih panjang, dalam dan berlapis-lapis.
Pengalaman diatas hanyalah dari pengalaman cikgu sendiri, dan perbincangan sahabat-sahabat grup.Ada lagi yang tertinggal dan terlupa mungkin. Walaupun begitu, setiap peristiwa yang berlaku telah disuratkan oleh Allah. Semua yang terjadi adalah yang terbaik dariNYa. Kita cuma boleh berusaha nak menangani segala masalah keadaan dengan sebaik-baiknya. Pilihan di tangan anda, hendak bersalin secara biasa atau di meja bedah. Apa pun, kita berdoa yang terbaik.

Apa yang cikgu amalkan sepanjang tempuh berpantang ialah dengan pastinya set pantang Shaklee. Syukur, dengan izin Allah, luka cepat sembuh, badan bertenaga dan kurang sakit. Hari ke 7 mampu membuat majlis Aqiqah buat anak. Syukur atas kesihatan dan tenaga yang Allah beri. Banyak lagi perkongsian tentang proses kelahiran czer ni. Insyaallah lain entry ye :).





NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK?

sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog