Kelebihan puasa Hari Arafah

MAKKAH: Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 Hijrah yang jatuh pada 4 Oktober 2014 mengikut kalendar setempat, menurut pakar rujuk ibadah haji, Datuk Fadzil Awang.

Beliau berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.
Apakah kelebihan berpuasa pada Hari Arafah ni?

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”.
Ada dua pendapat tentang niat.
1. Kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”.
Ataupun
2.  Niat dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

JOM. BERIBADAH DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T
SEMOGA SEMUA IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH. AMIN
NAK HARGA TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog