Kenapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil? Rasa loya dan nak muntah normal ke?

Tahniah, anda mengandung! Berita gembira yang paling ditunggu-tunggu pasangan suami dan isteri. Dari pengalaman dan pembacaan, kawan-kawan beritahu nanti masa mengandung kena minum air gula yang pekat dan tak sedap. Hal ini amat menakutkan! Tapi tak pernah minum pon lagi, orang cerita je kan?
Minum-air-gula-semasa-hamil-cara-elak-minum-air-gula, Kenapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil? Rasa loya dan nak muntah normal ke? ujian ibu hamil, minum air gula, ujian mgtt, tatacara minum air gula, prosedur minum air gula, hamil minum air gula, minum air gula semasa hamil, ESP, Shaklee Kedah, Shaklee murah, loya dan muntah masa hamil, supplemen hamil, vitamin ibu mengandung

Pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Bagi yang dah berpengalaman pon pasti akan terus merasa loya dan nak muntah bila terkenangkan pengalaman minum air gula ni. Mesti nak tau kan, sebenarnya kenapa kita perlu kena minum air gula ni? Ibu-ibu yang buat pemeriksaan pranatal di hospital atau klinik klinik kerajaan mesti kena lakukan ujian ini.



Kenapa saya perlu menjalani Ujian Toleransi Glukosa (MGTT)


Di antara bulan ke-lima dan ke-tujuh kehamilan, anda akan menjalani Ujian Toleransi Glukosa Oral (MGTT) untuk menguji kencing manis. Ujian ini memerlukan anda berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian darah. Jika anda mempunyai faktor risiko tambahan untuk kencing manis, ujian tersebut akan dilakukan semasa awal kehamilan dan mungkin diulang pada trimester ketiga jika ujian pertama didapati normal.

Apa itu gestational diabetes? GDM (Kencing manis semasa hamil)

Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.
Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.
Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.


2 cara Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.

2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.

Ibu-ibu kemudian perlu minum air glukosa yang disediakan iaitu sebanyak 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong.

Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah.

Bacaan Keputusan Minum Air Gula

Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
  • FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik.
  • Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
  • 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. 
  • Normal :  < 7.8 mmol/L

Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L

Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi.


Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Kalau tidak menerima panggilan dari klinik tempat anda membuat ujian minum air gula ini selepas 2 minggu,itu bermakna bacaan anda berada dalam julat yang normal. Alhamdulillah.

Walaupun rasa nak muntah dan loya semasa meminum air gula yang teramat manis ni, ingatlah kita melakukan ujian ini untuk mengetahui tahap gula dalam badan kita. Untuk kesihatan kita dan bayi juga. Maka, bertahanlah meminum segelas air gula ini tanpa muntah, kerana kalau muntah, cik misi mungkin menyuruh anda minumnya lagi. :)

NAK ATASI DARI MENDAPAT GDM NI? BOLEH CUBA PRODUK SHAKLEE. RENDAH GILSEMIK INDEKS, NON GMO DAN MEMBERI RASA KENYANG YANG LAMA. JOM BACA SINI SUPPLEMEN IBU HAMIL. NAK, NAK, NAK :)


NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA,
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog