Kencing Manis (GDM) Ketika Mengandung, Apa Nak Buat Bila Dah Kena?

Setelah sesi minum Air Gula di klinik, dapat panggilan daripada nurse mengatakan anda perlu ujian ulangan. Selepas ulangan pun, ibu-ibu sekalian didapati sah menghidapi GDM atau Gestational Diabetis Melitus, bahasa senang Kencing Manis masa mengandung. Masih terasa loya ketika minum air gula? terpaksalah minum air tu, utk pastikan tahap kesihatan ibu hamil juga.

Penyakit ini senang nak kita cam bila berat badan ibu hamil meningkat mendadak, Selera makan tinggi, baby membesar dengan jayanya. Setelah ujian disahkan, maka bermulalah episod ibu GDM ini. jangan risau, tiada rejim yang susah untuk diikuti ketika anda mengidap GDM ini, hanya ikut saranan doktor, ibu-ibu pasti dapat melahirkan baby dengan sihat.

Apa nak buat jika ada GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. 
Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal 


Adalah lebih mudah untuk sentiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya sentiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah. Ikut jadual yang dr beri untuk ujian ulangan.


 2. Amalkan diet yang sihat 


Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan berserat tinggi.


3. Buat ativiti fizikal tahap sederhana 


Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Mantain berat badat yang sihat 

Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini. Pastikan ibu-ibu hamil ambil vitamin/ supplemen semasa mengandung dengan teratur. 

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. 


Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan level gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya. Minum ESP kerana ESP punya 
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah



Apa Berlaku Selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, level gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan level gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.
Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.
Menurut kajian anak yang mana ibunya mempunyai GDM berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes.
Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini.

Adakah GDM akan memberi kesan pada Baby?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat. 

Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-

  • Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.
  • Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. 
  • Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.
  • Baby mungkin akan mempunyai jaundis.
  • Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.
  • Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.
Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang anda perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini. 

Apapun, sekiranya ibu comel sekalian menghidap kencing manis ketika mengandung ini, janganlah berasa sukar atau sedih. Hadapilah dengan tenang. Ramai yang senasib dengan anda dan berjaya mengharunginya dengan baik. Dapatkan bantuan nasihat dan sokongan suami, keluarga, kawan-kawan perlu untuk membantu ibu hamil sekalian menghadapi cabaran kecil ini. Ia hanya sedikit pengorbanan untuk bayi comel yang kita tunggu selama ini.


(gambar newborn anak ke 3)

NAK BELI SHAKLEE? dapatkan dari saya :) konsultasi dan cara pemakanan terbaik. perkongsian pengalaman dan pengetahuan :)

NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog