4 Tanda Hidup Tak Berkat

Setiap Muslim pasti mengidamkan kehidupan yang penuh keberkatan. Hidup berkat perlu dijana dan untuk memperolehnya, harta yang diperoleh hasil dari titik peluh kita itu hendaklah melalui jalan yang diredhai Allah SWT. 
Siapa yang inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang sudah melakukan itu semua, bererti telah betul-betul memiliki rasa malu." Riwayat Tirmidzi

Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat?

Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:

1. Duit banyak, tapi cepat habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain. Memberi walaupun sedikit, memberi nikmat terasa berkat.

2. Buat kerja tapi tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat manafaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang. Banyak perkara yang dibuat tapi tiada satu pun yang berjaya dengan baik.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan. Keberkatan itu penting dalam kehidupan kita, hati lebih tenang jiwa lebih lapang dengan keberkatan. 

Setiap pagi mulakan dengan amalan-amalan yang mesti buat setiap pagi. Berikan senyuman adalah sedekah yang paling mudah. Bangun, bangkit dan senyum setiap pagi dan mengharap keberkatan hidup datang menjadi milik kita. 

07.11.1434  Salam Ukhuwah..
~ copy paste dalam FB sahabat



NAK HARGA TERBAIK?sila sms atau call ✔Cikgu Hani 019 271 0642 ✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog