5 Perkara Yang Perlu Ibu Elak Selepas Pembedahan Melahirkan Anak/ Bersalin Czer

Adakah anda antara wanita yang perlu melalui pembedahan Caesarean untuk melahirkan bayi? Jika Ya, tentu anda pernah melalui debaran sebelum pembedahan dan kesakitan yang dirasakan selepas pembedahan. Tahniah atas kelahiran anak tersayang, sungguhpun telah bertarung nyawa di meja pembedahan, bayi tersayang telah selamat dalam pangkuan.


Bersalin normal, pembedahan

Apa yang dirasakan selepas pembedahan tidak sama antara satu sama lain. Ada orang mungkin menanggung sakit tetapi ada yang langsung tidak berasa sakit kerana mendapat ubat penahan sakit yang kuat. Pengalaman tersendiri berbeza, namun ada beberapa perkara yang mungkin sama :)


Bersedialah untuk merasakan perubahan yang baharu selepas beberapa jam anda keluar dari dewan pembedahan. Anda tidak boleh ketawa sesuka hati atau terpaksa menahan rasa hendak batuk dan bersin kerana ia akan meninggalkan rasa sakit.

Jadi, jika sudah mengetahui yang anda akan melalui pembedahan Caesarean, beberapa perkara berikut tidak boleh dilakukan selepas menjalankan pembedahan.

5 Perkara Perlu Elak Selepas Pembedahan


  1. Jangan berasa kesal atau sedih kerana telah melalui pembedahan. Laluinya dengan tenang dan penuh kesabaran. Mood baik membantu penyembuhan yang cepat.
  2. Jangan terfikir untuk memandu kereta sendiri setelah pulang dari hospital walaupun anda sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana hentakan daripada kereta boleh membuatkan luka pembedahan terasa sakit. Sebaiknya duduk di belakang dan tahan perut dengan bantal. Lebih baik sekiranya ada orang lain membantu memangku bayi anda atau letakkan dalam baby basket.
  3. Bersedialah merasa kesakitan di bahagian perut apabila anda bersin atau pun batuk. Sekiranya anda tergelak kuat juga, kemungkinan berasa sakit adalah tinggi. Ampu perut dengan bantal sekiranya tidak tahan hendak batuk/bersin.
  4. Jangan makan makanan yang menghasilkan gas. Perut akan mengeluarkan gas jika anda tetap makan makanan tersebut. Kentut akan membuatkan anda rasa sakit akibat luka pembedahan.
  5. Elakkan mengambil makanan yang menyebabkan anda mudah sembelit. Ini kerana proses pemulihan luka yang mengambil masa lama menyukarkan anda berada lama di dalam tandas untuk membuang air besar. Gunakan tandas duduk seboleh mungkin.

Bersalin, set pantang Shaklee
(anak ke 3 yang bersalin melalui kaedah pembedahan)

Susah Ke Nak Jaga Czer ni?


Banyak dah cerita pengalaman ibu-ibu tentang susahnya nak menjaga diri jika bersalin secara czer. Ibu-ibu boleh membaca artkel lepas tentang beza beranak biasa dan beranak bedah, kik sini aja. Pengalaman bersalin ceazer sebenarnya antara yang biasanya nak dielakkan oleh setiap wanita yang akan bergelar ibu. Bagi pernah melaluinya, pasti membayangkan...
- tak boleh berbengkung
- tak boleh berurut
- perut lambat susut
- luka lambat sembuh
- tempoh untuk hamil sekali lagi agak lama
Walaupun begitu, bagi bu-ibu yang kuat, pasti dapat mengatasi masalah ini. dengan mengamalkan pantang secara turun temurun, pasti boleh mengatasi 44 hari berpantang dengan mudah. Rahsia saya? Saya mengamalkan SET Pantang Shaklee dan VIVIX. Pengalaman saya berpantang dengan VIVIX sangat ajaib.

Masih lagi tak dapat memilih samaada hendak bersalin secara normal atau czer? Alhamdulillah kerana anda masih boleh membuat pilihan. Tahukah anda bahawa kebanyakkan ibu pasti memilih hendak bersalin normal, tapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan jua. Namun begitu, syukur alhamdulillah segalanya selamat jua. Tahniah, anda ibu Terhebat!



NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK? 
sila sms atau call , 
 1. Cikgu Hani 019 271 0642 
 2. Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
 3. Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog