Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 10

Tanggal 19 November 2004, iaitu 10 tahun lalu, sahlah sudah ikatan perkahwinan antara Hani dan Naim. Masa tu 5 Syawal, masih berhari raya lagi. Hari Jumaat yang berkah, sesudah solat Asar, kami dinikahkan di Masjid Lembaga Getah Malaysia (RRIM) iaitu tempat tinggal cikgu satu masa dulu.

Cepat sungguh masa berlalu kan? Kenangan masa tu masih lagi terbayang-bayang, heheh, walau ada gak dah terlupa sebab urat putus masa bersalin kot. heheheh.. Pejam celik pejam celik, mengandung dan bersalin, 3 orang sudah puteri dan putera kami.

Masa tu tak banyak lagi wedding photoghapher, kalau ada pon mahal, kami yang muda remaja masa tu baru kerja mana ada duit. Maka, adalah hanya beberapa gambar kenangan kamera kodak je. Dahla blur plak tu gambar ni. Apapun, nasib baik ada gak gambar kenangan ni.


Bingkisan buat suami;

Terima kasih selama 10 tahun sabar melayan kerenah si isteri yang pelbagai ragam. Terima kasih kerana selalu jadi pendengar yang setia. Pengomen tegar bab masakan, selalu jadi Pak Imam. Selalu menegur dan membetulkan sesama kita bab agama. Penyokong setia dan selalu bagi idea untuk bisnes Shaklee... Banyak membimbing dan mengubah jadi muslimah sejati, insyaAllah.

Selama 10 tahun banyak dah ombak badai, ribut taufan, angin sepoi semua kita lalui bersama-sama. Jatuh bangun, tergolek meniarap, takde duit sampai ke banyak duit bersama-sama. :) Semoga dengan persefahaman yang semakin kuat, jeling-jeling pon dah tau dah nak cakap apa, instinct makin sama, Allah permudahkan perjalanan kita nak membesarkan dan melahirkan mujahid dan mujahidah yang berbakti untuk Islam dan Malaysia. Amboi, besarnya angan-angan :)

Ha, itu je la coretan buat suami. Layan gambar masa kenduri kahwin kat Kedah. Pakai baju warna oren lagi.

Inilah kami, selepas 10 tahun. Semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Cari perbezaan gambar 10 tahun yang lalu..heee.. ketara perbezaannya kan?


Mudah-mudahan dengan ini, keluarga kami akan sentiasa berbahagia, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan sentiasa menabur bakti buat kedua ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Sentiasa kita berdoa agar keluarga mendapat bahagia dunia dan akhirat. Amin....


SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 10.

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog