Kerap Kencing Malam Tanda Diabetes Yang Perlu Anda Tahu

Kerap kencing pada waktu malam amatlah menganggu tidur anda. Baru hendak mula mimpi, terpaksa berjaga lagi hendak pergi ke toilet menunaikan hajat. Bukan sekali, mungkin dua atau tiga kali setiap malam anda perlu bangun dan berjalan ke toilet untuk melegakan pundi kencing anda. Kenapa ia berlaku?

Ia bukan masalah yang asing lagi. Masalah kerap kencing, lebih dari sekali pada waktu malam dikenali sebagai nokturia. Sekiranya kencing itu banyak, ia dikenali sebagai polyuria dan ia adalah salah satu ciri-ciri penyakit kencing manis. Adakah ini maksudnya ia adalah tanda awal anda menghidap diabetes?

Punca Asyik Bangun Kencing Malam 

Anda mesti berfikirkan kenapalah sering sangat terasa hendak kencing dan terasa hausnya. Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada waktu malam boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula dalam darah yang tinggi. Peningkatan paras gula dalam darah akan memaksa cecair dari sel untuk masuk ke salur darah. Bila cecair dalam salur darah meningkat, secara tak langsung cecair yang dihantar ke buah pinggang akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. 
Ini menyebabkan lebih banyak cecair dihantar ke urine (air kencing) dan seterusnya menjadi penyebab situasi kerap buang air kecil dan dehidrasi.Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga. 
Dehidrasi akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi terlalu cepat haus. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang. Situasi ini berputar, anda haus, minum dan kerap kencing, Haus, minum banyak dan kencing pun banyak. Begitulah situasi setiap malam, kan?

Faktor Lain Kerap Kencing Malam

Sebelum anda kaget takut didiagnos menghidap diabetes, anda mungkin perlu melihat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kejadian sering bangun kencing malam ini. Antaranya ialah:

  1.  Kencing Manis ( Diabetes Mellitus)
  2.  Masalah pembesaran kelenjar prostate.
  3.  Masalah ginjal/ buah pinggang
  4.  Kegagalan jantung.
  5.  Umur yang meningkat (akibat perubahan kitaran hormon)
  6.  Pengambilan ubatan seperti Diuretics.
  7.  Pengambilan air yang banyak sebelum tidur.
  8.  Pengambilan minuman yang mengandungi caffeine pada waktu malam.
  9.  Masalah insomnia/ sukar tidur

Sekiranya anda bukan orang yang suka minum nescafe/kopi setiap malam, minum air bertong-tong sebelum tidur atau anda orang yang mudah tertidur, anda perlu menimbangkan faktor risiko penyakit lain seperti diabetes, kegagalan buah pinggang, prostate(lelaki) ataupun masalah jantung. Jumpa pakar kesihatan untuk membuat pemeriksaan secara penuh.

Tanda-tanda Diabetes


Selain daripada kerap kencing malam, ada 9 lagi gejala penyakit Kencing Manis atau Diabetes ini yang perlu anda waspada. Sekiranya dah mula nampak atau kesan pada diri anda, cepat-cepatla buat pemeriksaan doktor.
  1. Kerap buang air kecil
  2. Kerap berasa haus
  3. Berat badan menurun, nafsu makan bertambah
  4. Cepat letih dan mengantuk
  5. Luka lambat sembuh, mudah timbul bisul
  6. Gatal-gatal
  7. Selalu kesemutan, rasa semut-semut
  8. Kurang nafsu bilik tidur
  9. Penglihatan mula kabur
  10. Ibu yang melahirkan bayi melebihi 4 kg berat bayinya

Cara Kawal Diabetes

Ada juga penyakit diabetes yang disebabkan oleh kehamilan (GDM), pengambilan ubat steroid tanpa kawalan, masalah penyakit genetik dan lain-lain. ia bermaksud ada pelbagai cara untuk kawalan kencing manis ini.

Bagi diabetes jenis 2, kawalan paras gula darah boleh dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan. Berdasarkan pelbagai kajian, perubahan tersebut terbukti berkesan mengurangkan risiko diabetes dan membantu mengawal paras gula di kalangan penghidap diabetes. 

Oleh kerana itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui jika anda menghidap diabetes atau tidak. Pencegahan awal boleh dilakukan sebelum anda mengalami simptom kencing manis yanglebih teruk lagi. Amalkan pemakanan sihat, rajin bersenam dan pemakanan supplemen amat membantu. Boleh lihat beberapa testimoni pesakit kencing manis sembuh dengan pemakanan supplemen VIVIX. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?



NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK? 
sila sms atau call , 
 1. Cikgu Hani 019 271 0642 
2. Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
 3. Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog