Pakai Spender Punca Masalah Keputihan Yang Teruk

Dilema atau masalah keputihan sama seperti menceritakan masalah alat sulit kepada orang lain. Hal ini ada yang menganggap memalukan atau sesuatu yang tidak perlu diceritakan. Penyakit keputihan sering juga diabaikan kerana tiada kesedaran sehinggalah ia terjangkit menjadi serius.

Masalah keputihan atau penyakit keputihan adalah penyakit yang paling biasa dialami oleh para wanita. Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.

APA ITU KEPUTIHAN? (VAGINAL DISCHARGE)

Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya. Keputihan ini boleh berbeza dari segi;

  • Konsistensi (pekat, melekit, nipis)
  • Warna ( jernih, keruh, berdarah, kuning, hijau) 
  • Bau ( biasa, tiada bau, bau busuk)

KENAPA BERLAKU KEPUTIHAN?

Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran lembab akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.

Keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah. Rujuk doktor sekiranya keputihan sangat serius.

PAKAI SPENDER PUNCA KEPUTIHAN YANG TERUK?

Pemakaian seluar dalam / spender/ panties/ seluar kecik yang ketat, tidak sesuai saiz atau materialnya punca masalah keputihan yang serius. Kenapa ia berlaku? 
  • Spender ketat - Kurang pengaliran udara (bakteria mudah membiak)
  • Spender jenis kain satin/nilon/kain yang tidak menyerap peluh - Mudah memerangkap haba, mudah lembab, maka bakteria mudah membiak.
  • Pakai panty liner -Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.
  • Pakai seharian - Pemakaian seluar dalam seharian tanpa menukar panty boleh mengakibatkan jangkitan kulat sekiranya seluar dalam lembab tambahan lagi pemakaian seluar jeans yang ketat. Kepam!
Hanya dari sebab pemilihan seluar dalam yang betul sahaja boleh mengelakkan kita dari mendapat keputihan yang serius. Tips, semasa di rumah, selalulah memakai kain batik shaja (dan baju :) ) supaya bahagian alat sulit dapat peredaran udara dengan baik. 

Kulat dan bakteria amat suka membiak di tempat-tempat yang lembab, ketat dan tiada pengaliran udara. Jangkitan yang teruk mungkin boleh berlaku kerana kurang penjagaan kebersihan selepas setiap kali kencing atau buang air besar. Sentiasa keringkan dari bahagian atas ke bawah dan bukan sebaliknya. Sebaiknya gunakan kain bersih, bukan tisu untuk mengeringkan alat sulit anda.

KESAN-KESAN PENYAKIT KEPUTIHAN KEPADA WANITA

Apa yang berlaku kepada wanita apabila mengalami keputihan yang sukar sembuh pastinya amat mengecewakan. Ibu-ibu atau para wanita akan merasakan diri mereka,
  • Cepat murung, mudah stress
  • Hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan suami dan masyarakat akibat bau yang busuk akibat keputihan yang teruk
  • Kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  • Potensi untuk mendapat kanser rahim / pangkal servik serkiranya dibiarkan berlarutan

CEGAH SEBELUM PARAH

Oleh itu, pencegahan amatlah penting. Cegah sebelum parah dan terlambat. Pilih dan guna hanya seluar dalam yang sesuai seperti material kain cotton yang menyerap peuh dan tidak ketat. Janganlah memilih spender kerana cantik, berenda-renda dan cantik, tetapi mengundang padah kepada organ sulit terpenting kita.

Keputihan ini boleh dikawal dan dirawat dengan perubatan. Malahan banyak terdapat petua merawat keputihan seperti yang pernah cikgu kongsikan di Cara Merawat Keputihan. Dengan pemilihan pemakanan dan supplemen yang baik, kita boleh mencegah keputihan dari menjadi serius. 

Set Shaklee keputihan merangkumi Alfalfa- herba dan bersifat antikulat- , Garlic- antibodi semulajadi dan antikulat, GLA Complex - seimbangkan hormon. Hanya perlu telefon/whatsapp dan share masalah secara peribadi dengan cikgu. Konsultasi dan bimbingan akan diberikan. Jom, mengubati secara sihat tanpa ubat hospital dan seluk-seluk insert ubat tu!



NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK? 
sila sms atau call , 
 1. Cikgu Hani 019 271 0642 
 2. Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
 3. Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog