Tips Umrah Dengan Anak-Anak Kecil dan Bayi

Bismillahirrahmanirrahim.

SYUKUR alhamdulillah kami sekeluarga selesai menunaikan ibadah umrah pada Mac yang lalu. Kami pergi sekeluarga, suami isteri, anak-anak 9 tahun, 5 tahun, 9 bulan, mak, abah dan ibu bapa mertua. Alhamdulillah, kami sekeluarga. 

Mesti ramai yang nak mengerjakan umrah dengan anak-anak kan? Ada beberapa tips umrah bersama anak-anak kecil hendak dikongsi bakal pedoman sahabat yang masih ragu-ragu nak bawa anak-anak syurga ini ke Mekah dan Madinah. Anak kecil saya maksudkan ialah bawah 2 tahun.Walaupun begitu, anak kedua yg 5 tahun pon ada macam ragamnya.

Musim cuti sekolah nak dekat ni, ramai dah tempah tempat dengan agen pilihan masing-masing kan? Rancang perjalanan dan masa yang sesuai untuk pergi umrah dengan anak-anak. Cuti sekolah dan faktor suhu di sana amatlah penting. Kami memilih awal sedikit dari cuti sekolah untuk mengelak kesesakan dan pada Disember - Mac adalah musim yang tidak panas di sana. Amat sesuai untuk beribadah dengan kanak-kanak. 

Jom, kita kongsi sikit pengalaman mengerjakan umrah bersama anak-anak dan baby :)

PERSEDIAAN SEBELUM PERGI MEKAH


Sebulan / awal lagi

  1. Tangkap gambar visa 
  2. Buat passport/ renew (tangkap gambar di imigresen sj senang)
  3. Suntikan umrah ( bayi bawah 2 tahun TAK perlu suntikan ini, dr cakap sbb tak sesuai dengan bayi)
  4. Sediakan dokumen2 dan hantar kepada agen pilihan. Kami memilih Al Jabarullah untuk Ground Handling sj
  5. Dokumen salinan seperti sijil lahir anak, sijil nikah ibu bapa dan ic perlu disahkan di pejabat pendaftaran dan sijil nikah perlu disahkan benar di Pejabat agama.
  6. Tunggu visa siap, sementara tu, gali ilmu tentang ibadah Umrah :)

Seminggu sebelum
  1. packing barang anak-anak (9 bulan dan 5 tahun kongsi 1 beg)
  • baju siang, baju malam, baju sejuk, stokin, diapers, wet tissue, makanan bayi, termometer, coolfever, nasal congestion strip, ubat-ubatan, minyak telon, vicks, set mandian.
  • Makanan kudap2.. saya bekalkan roti, biskut, milo 3in1, coklat, gula2, cococrunch dan makanan kegemaran anak2
  • isikan beg nak bawa naik kapal juga, diapers, baju spare, tissue, towel, ubat2an dan wrap (baby carrier)
2. Packing barang anak umur 9 tahun (beg sendiri)
  • baju-baju, tudung, telekung, kasut, selipar, toiletries, buku kecil utk nota,  ipad :)
  • Lebih mudah anak besar ini diasingkan beg sendiri kerana lebih mudah untuk dia menguruskan diri sendiri nanti (dengan bantuan pastinya)
3. Packing barang-barang sendiri dan suami :)
  • Baju-baju, kain batik, kain pelikat, baju basahan, baju sejuk untuk yang tak tahan sejuk :)
  • Tudung labuh 3 atau 4 helai (awning lembut supaya senang solat ready)
  • Jubah 1/2 helai (selebihnya beli sj di madinah)
  • Stokin dan sarung lengan (bawa 2 atau 3 set)
  • Slipper (kasut basahan, untuk jalan ke masjid)
  • Supplement :) pastinya set umrah/set travel Shaklee (bawa ubat-ubatan yang biasa makan, sebab ubat sana mahal :)
  • Toiletries
  • Kain ihram suami dan anak-anak lelaki ( kain ihram kecik mertua saya belikan kain selimut nipis warna putih, murah dan senang pakai)
  • Tali pinggang ihram, bekas beg duit
  • Pam susu dan cooler beg sbb Fathi masih menyusu :)

4. Packing barang makanan
  • Bawa biskut kegemaran anak-anak, pek Milo 3 in 1
  • Sebenarnya tak payah bawa banyak pon, sebab sgt mudah didapati, cuma jika bawa anak ni bawalah makanan yang mereka suka makan :)
Jumlah beg semua ialah 3 beg, 2 beg besar dan 1 beg kecil. 2 beg kecil yang diberi oleh agen untuk masuk dalam kabin. Banyak tak? balik nnt sure lagi banyak...


Tu baru pasal barang-barang, memang pelbagai cerita perjalanan dan pengalaman kami sepanjang di sana. Sejujurnya, bersama anak-anak adalah kenangan terindah sepanjang di sana. Walaupun memang ada susah payah, tapi seronok kita memperkenalkan kaabah dan bercerita tentang sejarah-sejarah di sini. Bawalah.. Pastinya berbaloi. Bersambung ye?

(gambar dalam train dr MTB ke satelite building)

NANTIKAN SIRI 2..TIPS UMRAH DENGAN ANAK-ANAK part 2



NAK HARGA SHAKLEE TERBAIK? 
sila sms atau call , 
 1. Cikgu Hani 019 271 0642 
 2. Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com 
 3. Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog