Tips Minum Air Kosong Banyak-Banyak Sebab Sedap Sangat

Air kosong atau air putih yang selalu dipandang sepi di atas meja. Kalau dah terlalu haus barulah nak minum. Liat sangat nak minum air kosong. Iyalah, dah nama pon kosong, takde rasa, tak sedap, tak manis, tak kaw. Oh, sungguhla tak sedap air masak ini.

Bolehla dikira jari berapa cawan je minum air kosong ni. Selebihnya, air oren, sirap, Teh Ais, Capphucino shake, bandung cincau dan banyak lagi. Pelbagai warna dan kaler yang menceriakan gelas. Gula dan susu lebih lagi kaw lagi sedap. Senyum je bila minum. Tambah lagi ais plak tu. 

Itu dulu. Nak tau dak cara camna saya buat nak bagi air kosong ni rasa sedap sangat bak air mineral di pergunungan? Walaupun putih kosong, bagaikan terasa sedap mengalir halus di tekak, nyaman sungguh bila minum. Inilah tabiat saya sekarang. Lebih dari 3L sehari boleh layan air kosong je!
(macam air pergunungan tau, sedap rasa dia..)

Tips Minum air Kosong Yang Sedap

  1. Minum segelas air masak yang ditapis dengan Water Filter Terbaik. Terasa halus air dia dan tak payau. Kalau air masak dari sinki rasa payau klorin pastinya tak sedap.
  2. Minum dari botol yang muncung kecik. Botol mineral kecik atau botol tupperware cantik yang mulut dia kecik. Rasai perbezaan nikmat minum dari botol. 
  3. Jangan minum sekali teguk habis sebotol. Minum sikit2 dalam 2 kali teguk dan berhenti. Minum lagi sampai habis. 
  4. Jangan bernafas sambil minum. Tak ikut sunnah kalo kita bernafas ( hembus nafas) dalam cawan sambil minum. Nak bernafas (kang mati plak tak bernafas) berhenti minum, amik nafas sekejap dan minum balik.
  5. Minum air sejuk dalam peti ais juga boleh membuat air kosong laju diminum. Air yang sejuk kurang rasa malahan menjadikan macam bertenaga. Awas, jangan berlebihan sekiranya anda dalam pantang bersalin.


Berapa Gelas Air Kena Minum?

Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh manusia adalah kira-kira 2 hingga 2.5 liter (8 hingga 10 gelas) sehari. Ikut kita juga, kalau menyusu anak atau kerja berat bawah cahaya matahari, minumlah sehingga 3 liter sehari.

Ala, susahnya nak minum air sampai 8 hingga 10 gelas sehari. Asyik lupa la. camna nak buat? Berubah sikit, mulakan untuk kesihatan lakukan perubahan. Buat camni, sentiasa ingat punya;

  1. Bangun pagi 2 gelas air, dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman.
  2. Selepas breakfast segelas air.
  3. Selepas amik suplemen segelas air.
  4. Minum 30 minit sebelum makan.Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
  5. Selepas amik suplemen segelas air lagi.
  6. Sambil buat2 keje sure haus, lagi-lagi yang duduk dlm aircond amik lagi segelas air. pastikan ada air kat meja kerja tau.
  7. Petang selepas exercise sikit-sikit minum lagi segelas air.
  8. Minum sebelum mandi...Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
  9. Selepas dinner segelas air.
  10. Sebelum tidur segelas air.Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.


Haaa..cukup x 10gelas sehari? Mudah je kan? gantikan air-air sejuk, air manis tu dengan air tapis yang sedap, halus je rasa dia boleh cuba water filter mudah alih ni.

Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Putih?

Badan kehilangan air melalui: 
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus) 
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus) 
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus) 
Najis (1/2 gelas air – dua peratus) 

Ada yang tak bernafas, tak kencing, tak berpeluh dan tak buang air besar dalam masa sehari bolehla lupakan air ni. Takmau minum pon takpe. Akibat tanggung sendiri. Bila minum air berwarna tu banyak gula, susu dan perasa lain yang lebih berbanding air itu sendiri. 

Manakan cukup nak menampung yang keluar ni. Bukan tak boleh nak minum air kaler-kaler, tapi Kenalah minum juga air masak atau air kosong buat bilas-bilas perut orang kata. Betul tak? Bacalah sini untuk tahu kepentingan air putih ni.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang.

Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca. Hum, ada rasa kabur-kabur tak bila baca ni? kalau kabur-kabut mungkin dah lama sangat tak minum air kosong tu.

Kalau Minum Banyak Nanti Ulang Alik Toilet Je


Alasan paling best takmau minum banyak ialah tak suka pergi toilet kerap. Bijak sungguh alasan, ye lah toilet tu tempat syaiton kan,so tak mau pegi. Kalau korang camtu, hum..silalah beli pampes. Kencing pon taknak, bagaimanalah organ dalaman nak berfungsi dengan baik. Kang nanti dah kena sakit batu karang baru terhegeh-hegeh carik cikgu hani supplemen terbaik untuk batu karang.

Jadi usah risau jika selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran. Tapi kalau kerap sangat kencing waktu malam pulak tu, ada petanda lain tu.


Minum Air Masak Untuk Kesihatan.

Air Kosong memang perlu untuk kesihatan kita. Tambahan lagi, pengambilan supplemen tambahan/vitamin akan menjadikan darah bertambah pekat, maka pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari diperlukan untuk penyerapan yang lebih baik. Bagi penggemar supplemen dan makanan berkhasiat macam cikgu ni dan kita semua, wajarlah meminum dan mencintai air masak untuk melancarkan perjalanan vitamin dengan mudah ke serata tubuh.

Kepada yang malas,liat dan susah beno nak minum air masak, eloklah amalkan cara minum seperti yang diterangkan. InsyaAllah, sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Banyak lagi faedah minum air masak kosong ni. Sama-samalah kita menukar gaya hidup untuk kesihatan yang lebih baik dan baik juga untuk ekonomi poket kita. Haus pulak rasanya.....Jom minum. Jangan lupa minum air tapis dari Water Pitcher Shaklee. Serius sedap :) Nak ke? Call 0192710642 murah je. Cakap, cikgu bantulah saya nak minum air masak banyak-banyak ni. :)


 NAK HARGA Shaklee TERBAIK?
sila sms atau call 
 ✔Cikgu Hani 019 271 0642 
✔Email= hanijalani@gmail.com / vitamincikgu@gmail.com ✔Whatsapp/wechat/telegram = 019 271 0642 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
✌ iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog