Tips Umrah Dengan Anak-Anak Kecil- Sepanjang Perjalanan Dalam Kapal Terbang

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis sambungan kisah Tips Umrah Dengan Anak-anak. Kali ini banyak nak ceritakan tips bagaimana nak handle anak-anak melalui perjalanan lama dalam kapal terbang supaya anak tak bosan, happy, ceria dan bersemangat. Ia juga penting supaya kita sekeluarga tidak menyusahkan dan di 'chop' bising dalam kapal terbang. Biasalah ragam anak-anak cerdas, nangis dan menjerit tu perkara biasa. :)

Pejalanan dari Kuala Lumpur International Airport ke Lapangan terbang Jeddah mengambil masa perjalanan 6 jam dalam kapal terbang. Kapal terbang kami dijadualkan bertolak pada jam 3 petang Malaysia. Bawa anak-anak biasanya akan diberi kelebihan masuk lebih awal dari penumpang lain, maka masa dalam kapal terbang lebih lama. Bagaimana kami buat? Teruskan baca ye...
Check in dulu

Tips Bawa Anak-Anak Naik Kapal Terbang Perjalanan Jauh


A. PILIH SEAT PALING HADAPAN


Semasa membeli tiket kapal terbang lagi, kami memilih untuk seat paling hadapan bahagian tengah untuk:

  1. Dapat Bassinet (tempat tidur baby) Pramugari akan pasangkan bassinet depan ibu bila kapal dah mula cruising (bila dah stabil kat atas tu, bukan naik-naik dia pasangkan :) Ibu juga akan dapat tali pinggan keselamatan untuk baby yang dipasangkan sekali dengan tali pinggang keselamatan ibu.
    Anak kecil bawah 2 tahun boleh memohon untuk bassinet ini, syaratnya mesti ibu-bapa duduk row paling depan.
  2. Pilih untuk mendapat 4 kerusi sederet. Row yang sama dan paling hadapan penting atas sebab memudahkan urusan menjaga dan mengawal anak-anak ini. 
  3. Disamping itu, seat paling depan, ruang kaki lebih luas sedikit dan memberi ruang anak-anak untuk berjalan dan bermain. (sikit-sikit main bolehla)
  4. Seat paling depan paling mudah, nanti pramugari serve makan dulu.(hehehhehe) walaupun memang pramugari akan serve anak-anak kecil dahulu.
  5. Seat depan takde la orang depan, so kalau anak-anak tendang kerusi ke, lompat-lompat ke, takde la mengacau seat orang depan.
  6. Jangan lupa minta bantal (kanak-kanak dia bagi, dewasa kena mintak, kalau ada lebih la :). Untuk keselesaan anak-anak nak tidur. Blanket dia akan bagi semua orang.
Oleh itu, atas beberapa sebab ini, dicadangkan agar sesiapa yang membawa anak-anak kecil pergi Umrah atau perjalanan jauh dalam kapal terbang mintalah agar agen tempah siap-siap/ masa check in untuk seat paling depan dan row tengah-tengah.

B. AKTIVITI DALAM KAPAL TERBANG

Apa nak buat dalam perjalanan kapal terbang yang lama supaya anak-anak yang cerdas dan cergas kita ni tak mengganggu (sangat) penumpang lain?

  1. Beri makanan kepada anak-anak. Bawa makanan kudap-kudap kegemaran anak-anak. Anak-anak kami suka sangat makan biskut sebab tu dalam entry persiapan bawa anak-anak pergi umrah saya cakap kena bawa bekal makanan dalam beg hand luggage. Kalau tak bawak takpe, jangan risau, pramugari akan hidangkan makanan dan minuman. Ada biskut, coklat, air dan makan berat, tunggu je.
    Sebenarnya gambar ni bukan dalam perjalanan ke Jeddah tapi ke London, cari gambar dalam ke Jeddah tak jumpa, Nak juga tunjuk diorang makan-makan :)
  2. Boleh tonton cerita-cerita kartun menggunakan khidmat in flight entertainment. Tv kecik kat kerusi tu. Boleh pakai headphone dan boleh tonton cerita kartun. Ok la anak-anak boleh tonton dalam 45 minit duduk diam.
  3. Gunakan ipad/ tablet/ handphone untuk anak-anak leka main game kegemaran mereka dalam hphone. Boleh juga muat turun cerita bersiri kartun macam Upin-ipin, Pada Suatu Hari, Doraemon dan apa-apalah yang boleh buat anak senyap menonton tanpa ganggu orang lain.
  4. Buku untuk di baca. Anak yang dah besar baiklah kita galakkan membaca buku fizikal terutama buku tentang ibadah umrah dan juga kisah-kisah sejarah di bumi Mekah. Mak bapak jua digalakkan bercerita (takpayahla cakap kuat-kuat) dan berdialog dengan anak tentang ibadah yang nak dilakukan nanti.
  5. Baby kecil (8 bulan, Fathi) agak sukar nak urus juga selain aktiviti menyusu dan tidur. Anak kecil dah pandai main, maka bawa mainan kegemaran dan letakkan kat area kaki yang luas untuk anak merangkak sikit-sikit supaya tidak bosan.
    Giliran babah jaga Fathi
  6. Jalan sekitar kabin. Saya bawa anak-anak jalan bergilir-gilir pusing kabin pegi depan dan belakang. Pergi toilet dan boleh jalan melegakan kaki dan punggung sebab duduk je :)
  7. Aktiviti tidur. Bila lepas makan berat, bolehlah pesan ke anak-anak baca doa dan tidur sampailah 3-4 jam sehingga kapal selamat mendarat. Mudah je jaga anak-anak ni kan?
Memang mudah je setakat perjalanan lebih kurang 6 jam bersama 3 orang anak-anak. Kerjasama menjaga anak-anak antara suami isteri dan juga kerjasama anak-anak supaya mendengar kata. Tak lupa, doa banyak-banyak supaya anak tidak meragam sepanjang dalam kapal terbang agar tidak mengganggu penumpang lain. Itu yang penting, kan?



Tips melayan anak-anak dalam kapal terbang bukan khas untuk pergi umrah sahaja, begini jugalah kami sepanjang trip ke London dahulu (13 jam perjalanan). Semoga sedikit tips boleh membantu ramai lagi ibu-bapa yang nak membawa anak-anak syurga ini melawat taman-taman syurga di Mekah dan Madinah nanti. InsyaAllah, impian kita semua kan?


Ikuti tips dan pengalaman kami lagi untuk bahagian 3 pula, nak? Jom komen sikit pengalaman anda...




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
  ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog