Kerap Kebas Tangan, Mungkin Sindrom Carpal Tunnel Puncanya

Kerap sakit dan kebas-kebas tangan dan jari? Sehinggakan nak mengangkat barang pon mudah terjatuh? Ada ketika rasa sakit pada pergelangan tangan sehingga sampai ke lengan sehingga tak tertahan? Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan barang yang dipegang jatuh tiba-tiba. Pegang telefon atau surat khabar pon boleh terlepas, kalau tengah mendukung anak kesayangan kita, bagaimana?



Kerap sakit dan kebas pada bahagian tangan dan jari kemungkinan besar disebabkan oleh Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome).Perkara ini sering berlaku kepada golongan banyak bekerja dengan menggunakan tangan. Semua orang bekerja guna tangan kan? tapi ada beberapa golongan kerjaya yang memang banyak menggunakan tangan contohnya seorang guru, tukang masak, tukang jahit, pengendali mesin, penulis, blogger dan sebagainya.

Apa itu Sakit Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrome)?


Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun. 


Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri. Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Faktor Kerap Kebas Tangan.

Ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada sakit-sakit jari dan kebas tangan ini, antaranya ialah;
  • Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
  • Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan contohnya kerja menaip, tukang jahit, menulis tanpa dengan  sangat kerap atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.
  • Menggunakan tangan dengan kuat secara berulang-ulang kali, misalnya kerja2 di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  • Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
  • Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
  • Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
  • Faktor usia - kebas-kebas mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  • Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Cara Rawatan

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.
Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).
Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:
  1. wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
  2. non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
  3. steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.
Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Pencegahan Dan Kawalan Dengan Supplemen

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, kita boleh amalkan beberapa supplemen yang sangat bagus untuk membantu masalah kebas-kebas dan sakit tangan ini. Antaranya ialah:


1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Info tentang B Compleks lebih lengkap boleh klik sini.

2. Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Nak tau lanjut tentang Omega Guard dan kelebihannya yang banyak itu, klik Kelebihan Omega Guard.


3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan. Kepentingan kalsium dalam badan klik sini.

4. Advanced Joint Health Tablet (AJHT) mengandungi glucosamina untuk melincirkan sendi dan saraf. Memelihara tisu penyambung yang sihat dan melancarkan pergerakan harian Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi untuk memberi kekuatan kepada struktur sendi. Banyak kelebihan AJHT lagi disini.



Jangan biarkan derita kebas tangan dan sakit-sakit jari kita yang dah mula sikit-sikit tu merebak. Bila dah teruk, susah nak sembuh bahkan kena pulak buat pembedahan kecil kat tangan. Kalau kena pakai splint (anduh tangan tu) pon boleh buat kita tidak selesa membuat kerja-kerja rumah. Bayangkan nak suap makanan pon tak boleh? Fikir-fikirkan. Lebih baik kita malakan pemakanan supplemen sebagai langkah mencegah dulu kan? 

Call sekarang untuk dapatkan SET SENDI SIHAT beserta nasihat dan konsultasi percuma :) 019 2710642





Nak sembang-sembang? konsultasi?  
1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin  
3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 


✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH 
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog