Cara Tambah Nikmat Bersyukur Supaya Tenang Dan Gembira

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sekiranya kamu mensyukuri nikmat yang ada, nescaya Aku (Allah) menambah nikmat bagimu.”
Dia, bukanlah sesiapa, bukan adik beradik bukan saudara. Dia hanyalah insan yang dah banyak menyentuh kehidupan dan membuka mata kami sekeluarga. Apa yang dia buat sehari-hari ramai yang nak jadi pengikutnya. Apa yang dia cakap dalam video ni banyak menyentuh hati dan betapa kita tak mensyukuri...


Adakah cukup syukur kita pada hari ini? Kita bangun pagi dengan segar bugar, tengok anak dan suami ada disisi. Boleh bernafas macam biasa, menghidu dan menyentuh, boleh makan, berak semua macam biasa.. Tapi, masih lagi rungsing dan fikir macam-macam. Kenapa?

Ia kerana kita masih tidak bersyukur dengan nikmat yang kecil. Kita fikir ia adalah rutin dan 'as it is'. Tapi jika semuanya bertukar, jika pada satu hari kita di timpa ujian dan dugaan, rutin harian berubah. Apakah yang kita boleh katakan pada masa itu?

Bermula harini, tulis semua nikmat yang kita dapat. Nikmat kecil pun nikmat juga kan? semua perlu kita syukuri, dengan itu kita lebih merasai nikmatnya. Biasa kita dengar kata-kata bila kita dah mula sakit, nikmat Allah dah tarik untuk rasa sedapnya makanan tu kan? Tu baru nikmat merasa makanan yang sedap. Sekecil tu pon kita dah terasa ralat bila lidah dah tak boleh rasa sedap dek selsema tak hidung. Apatah lagi yang besar-besar kan?
Haruslah kita mensyukuri semua nikmat Allah. Ini kerana Allah menciptakan nikmat dan memberikannya kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Walaupun seluruh kata pujian dan kesyukuran kita lafazkan untuk memuji-Nya, pasti tidak setanding apa yang Allah kurniakan kepada kita. Benarkan? Terasa kerdil dan malu betul harini jika kita tidak bersyukur..
Jom, kita bangkit untuk tahun ni dengan lebih tenang dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan juga ujian dan dugaan yang Allah berikan. Jom, senyum sokmo dehhh :)


Nak sembang-sembang? konsultasi? 

1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog