Jalan-jalan Jepun Sendiri Tanpa Travel Agen

Kami laki bini memang suka jalan-jalan last minit punya perancangan. Last minit ni selalunya dalam tempoh sebulan sebelum tarikh perjalanan. Trip kali ni yang kami rancang ialah ke negara Matahari Terbit iaitu Jepun. Dah jadi kebiasaan kami pergi jalan-jalan tanpa travel agen. Kami pula mesti pergi dengan anak-anak. Jadi inilah Trip Ke Jepun Tanpa Travel Agen dengan Anak-Anak. Camna pengalaman kami? Baca tau...banyak iktibar :)

Apa persiapan sebelum pergi Jepun

Pastikan kita lengkapkan checklist ni sebelum kita berangkat ke Jepun tau.

1. Beli tiket. 
Kalau yang cari tiket murah dan berbaloi belilah setahun atau 6 bulan lebih awal. Boleh juga ketika syarikat penerbangan buat promosi atau ketika masa Matta Fair. Berbaloi tau. Bagi yang bawa anak kecik bawak 2 tahun yang takde seat, minta siap-siap seat depan yang ada bassinet. Hal ini bagi mengelakkan kita sakit tangan dan badan meriba anak kecik yang lebih 10 kg dalam perjalanan kapal 7 jam.

2. Semak Pasport.
Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh! Ya, semak passport anda dan cek bila tarikh tamat luput pasport. Sekurang-kurangnya 6 bulan nak mati pasport tu tau. 6 bulan tu tempoh pergi dan balik tau. Kalau dah mati, silalah pergi renew pasport.

3. Visa Melawat Jepun. 
Sekarang tak perlu dah visa untuk melawat Jepun. Alhamdulillah. Cuma pastikan pasport anda ada cip terbaru kat depan pasport tu. Rata-rata passport terkini ni dah ada dah. Tengok gambar pasport kami ni.

4. Plan perjalanan /itenarary
Kami buat plan perjalanan agak lengkap sebenarnya, Perjalanan 8 hari 7 malam bermula dari Narita Airport sampai jam 8 pagi dan berakhir di Narita Airport gak sebelum 8 malam. Area nak cover adalah seperti Chiba, Shinjuku, Tokyo, Fuji Mountain, Osaka, Shin Osaka, Kyoto dan Nippori. Jauh tau perjalanan ni. Kalau tengok map dia cam ni. Nampak kat map macam dekat kan? Tapi jauh tau....

5. Tempah Penginapan Strategik. 
Lepas dah decide nak pegi jalan-jalan mana, carik idea nak tinggal mana. Sebab kami kiranya berlima, 2 dewasa 3 kanak-kanak, kami memilih nak sewa apartmen. Apartmen yang kami sewa adalah dari servis Airbnb. Kalau nak juga amik airbnb klik link ni untuk sewa melalui airbnb dan dapat rebet. Tryla.

6. Beli Japan Rail Pass di JTB Malaysia.
Oleh kerana kami nak travel naik train dan shinkanshen dari Narita Ke Tokyo Ke Osaka tu maka kami decide beli pass ni terus. Pass ni hanya boleh dibeli di Malaysia melalui agen-agen bertauliah. Kami beli dari Sunrise Tours atau beli di JTB


7. Tukar duit Yen
Lebih kurang 3 hari sebelum bertolak bila laki dah cuti barulah kami pergi tukar duit yen. Sebab dah berada kat KL, kami terus pergi kat Mid Valley mencari money changer yang termurah dipasaran. Ye, kami beratur hampir sejam nak dapat kadar tukaran duit terbaik. Ada dua kedai kat ground floor dekat KFC tu, tapi kami pilih kedai yang dekat sekali dengan eskelator tu. Beza la satu sen. :)
Kami tukar 100,000 yen bersamaan RM 3060. Maksud nya 1000 yen RM 30.60. Deal terbaik kami jumpa pada bulan March 2015. Sekarang tak tahu lah.

8. Booking Pocket Wifi
Keperluan ada sambungan internet sepanjang berada di Jepun adalah sangat penting. Kami tak roaming telefon langsung, cuma berharap pada pocket wifi ni saja. Tapi kat sana sangat laju, LTE tu. Kami booking melalui internet dan amik kat KLIA malam berangkat tu, Harga sewa dalam 200 yen sehari. Kiraan penggunaan berapa hari kta kat Jepun tu. Sewa dan bayar dari Malaysia. Berbaloi-baloi.Klik ini nak dapatkan link ke pocket wifi.

9. Kemas baju dan bekalan makanan.
Kami hanya bawa baju sorang 2 pasang. kecuali anak yang kecik sebab takut insiden tak diingini berlakuy. Oleh kerana waktu kami pergi ni masih bersuhu 15 darjah celsius, baju sejuk perlu dibawa. Kali ni kami bijak sikit tak letak baju sejuk dalam beg checkin tapi letak dalam beg serbaguna bawa masuk dalam kabin. Bila turun je kapal bolehla terus pakai baju sejuk. Maklumlah nanti sampai awal pagi, sejuk anak-anak nanti. Jangan lupa bawa vitamin dan ubat-ubatan tau...:)

10. Download apps berkaitan Jepun
Ada beberapa apps yang kami download siap-siap dalam telefon pintar masing-masing. Antaranya ialah wheather forecast, Google Translate, Japan Attractions dan apps Hyperdia - untuk semak perjalanan keretapi hanya boleh di muat turun masa di Jepun. Tips dia, masa sampai airport, pakai wifi airport dan download apps ni. Sangat berguna tau! Klik sini kalau nak tahu apa dia Hyperdia

Rasanya cukup 10 saja panduan sebelum pergi Jepun. Ini serba sedikit persedian travel Jepun tanpa travel agen dan dengan anak-anak. Akan ada entry yang lain tau, bukan ni aja. Kalau nak tanya janganlah segan tanya saya kat ruangan comment bawah ni. Boleh kita tukar-tukar idea. :)

Best tau melancong ke Jepun, nak jimat, pergi sendiri tanpa travel agen. Mudah je skang.. Orang Jepun terer cakap Inggeris dah. Jangan risau!





Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog