Sedekah Mengurangkan Atau Menambahkan Harta?

Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. 

Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Tonton video ni untuk tahu tentang kenapa kita perlu sedekah


Kelebihan Sedekah


Sedekah itu terdapat sepuluh kebaikan dan kelebihan, iaitu lima di dunia dan lima di akhirat:

LIMA DI DUNIA
1. Mencuci hartanya
2. Mencuci badannya
3. Menolak sebarang penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amalan
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah akan rezekinya
LIMA DI AKHIRAT
1. Allah akan menaungi orang yang bersedekah pada hari Kiamat ketika cuaca panas bersangatan
2. Ringan hisabnya
3. Berat mizannya, iaitu timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah meniti titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.
Kesimpulannya, amalan sedekah ini mempunyai seribu satu fadilat yang diketahui mahupun tidak diketahui oleh semua Umat Islam. Kita sebagai para hamba Allah yang Maha Memberi perlu mematuhi segala ajaran Islam yang telah disampaikan melalui Rasulullah s.a.w. dengan penuh taat dan takwa.
Sematkan amalan sedekah ini sebagai salah satu kewajipan kita setiap hari. Jika tidak mampu memberi duit, sumbangkan pakaian atau makanan. Andai tidak mampu jua, hulurkan kata-kata manis dan senyuman yang ikhlas kerana semua itu mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
Jom sedekah!




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog