Tips Kurus Lepas Bersalin Supaya Kekal Cantik Dan Jelita Untuk Suami

Gemuk atau berisi lepas bersalin merupakan mimpi ngeri bagi setiap wanita. Kalau boleh lepas bersalin tu terus nak slim macam ratu cantik. Tapi kalau tak macam ratu cantik tu sekurang-kurangya tak perlulah nak beli baju dan seluar baru kan? Tapi apa tips nak kurus cepat lepas bersalin ni? Tengok jap klip sorang ibu yang dahulunya malu tengok gambar sendiri, sekarang tidak lagi...


Apa dia lagi kaedah cara nak buat supaya dapat kurus dengan cepat lepas bersalin ni? Antara yang biasa dibuat ialah;

~Bertungku

Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.
~Berbengkung

Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.
~Berurut

Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.
~Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.
~Penyusuan

Penyusuan susu ibu secara ekslusif sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.
~Pemakanan suplemen

Tidak ketinggalan juga dengan amalan memakan supplemen membantu menguruskan badan dengan cepat. Minum ESP, makan Lecitin dan Omega Guard secara konsisten membantu memecahkan lemak dan membawa lemak keluar dari badan. Makan Alfalfa juga membantu membanyakkan susu dan sebagai serat supaya penghadaman lancar. Konsisten dengan 3 serangkai vitamin C, Vitamin B Complex dan Vitalea untuk kesihatan optimum dan memberi tenaga dan mood yang baik sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan baby yang lama. Tak stress dan berfikiran positif sepanjang masa memberi kesan kepada tubuh badan, lebih cantik dan slim gitu.



Apapun, sikap terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Jangan mulakan dengan
senaman yang berat ye?

Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang. Walaupun begitu, berbanggalah dengan tubuh kita yang sudah berjaya melahirkan insan kat dunia ni. Satu pencapaian besar kan? Tahniah semua.. ingat, sayangi diri anda! Apapun, kita nak kurus dan cantik jelita lepas bersalin khas untuk suami saja!


Nak vitamin kuruskan badan dengan cepat tu? call atau whatsapp saya 0192710642 utk konsultasi lanjut. :)




Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ 
jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog