Naik Kapal Terbang Masa Hamil, Berbahaya Atau Tidak?

Travel semasa hamil memang memenatkan. Pengalaman saya sendiri semasa hamil 31 minggu iaitu hampir 8 bulan, kami sekeluarga pergi ke London dengan perjalanan menaiki kapal terbang selama 13jam. Bagaimana nak kekal bertenaga bila travel semasa mengandung ni? Apa tips perjalanan jauh masa hamil kalau naik kapal terbang?

Masalah utama masa hamil ni kalau berjalan-jalan jauh ni ialah faktor penat. Kita mudah terasa penat, ye lah bawa perut dalam satu setengah atau 2 kilo juga beratnya tu. Masalah krem atau kejang kaki juga sering terjadi. Tapi cuba kita tengok klip ini pengalaman ibu muda ni bila dia travel masa hamil. Pastu nanti saya share pengalaman saya pulak.



Boleh Ke Ibu Hamil Naik Kapal Terbang?

Persoalan pertama yang pasti kita terfikir ialah boleh ke travel naik kapal terbang bila hamil?
Jawapan saya ialah boleh sekiranya anda tidak megalami masalah:
  1. pendarahan ringan (spotting)
  2. kencing manis
  3. tekanan darah tinggi
  4. mabuk hamil yang teruk (hiperemesis gravidarum)
  5. pernah mengalami keguguran
  6. pernah melahirkan bayi pramatang

Bila Masa Selamat Naik Kapal Terbang? 


Trimester kedua, iaitu di antara minggu ke-14 dan ke-27 kehamilan, adalah masa terbaik untuk membuat perjalanan dengan kapal terbang. Ketika ini, masalah mabuk hamil sudahpun berlalu, anda cukup bertenaga dan juga kelihatan cantik

Jika anda sihat dan kandungan anda juga tidak bermasalah, anda boleh terbang dengan kebanyakan syarikat penerbangan sehingga usia kehamilan  36 minggu, dan biasanya 32 minggu bagi mereka yang hamil anak kembar. Ingat, usia kehamilan diambil kira pada tarikh anda terbang pulang. Semaklah dengan syarikat penerbangan sebelum anda menempah tiket. 

Ejen pelancongan dan syarikat penerbangan tidak akan bertanya samada anda sedang hamil ataupun tidak apabila kita menempah tiket. Tetapi sekiranya sudah jelas sedang hamil, anda mungkin disoal semasa mendaftar masuk. Biasanya kita akan diminta menandatangani surat indeminity. 

Gambar ni masa saya 31 minggu dan berjalan-jalan sekitar London dengan 2 orang anak. Ini membuktikan ibu hamil pun boleh travel dan jalan-jalan jauh,naik kapal terbang lagi. Jangan risau, jika kita yakin dengan tahap kesihatan kita, bolehla berjalan-jalan lihat tempat orang.

Oleh itu, dari minggu ke-27 ke atas, kita perlukan surat daripada doktor yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. Doktor juga perlu menyatakan dalam surat tersebut bahawa  tidak berkemungkinan akan bersalin dalam penerbangan dan selamat untuk terbang. Semaklah peraturan-peraturan naik kapal terbang sekiranya hamil ini dengan ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. 


Tips Selesa Masa Naik Kapal Terbang

  • Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
  • Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
  • Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
  • Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda.

Jangan risau dan banyak-banyak berdoa sepanjang perjalanan anda. Semoga selamat sampai dan berseronoklah ketika melancong. Ia juga merupakan terapi buat kita untuk jalan-jalan semasa hamil. Jom, berseronoklah :) Jangan lupa kalau nak set kehamilan Shaklee boleh call dan dapatkan dari saya. Call tau 0192710642


Nak sembang-sembang? konsultasi? 

 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 
 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. 
 PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. 
 ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH iR Hani 858760 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog