Hyperdia- Aplikasi penting Bila Jalan-Jalan Jepun

Semasa berada di Jepun, pengangkutan utama bagi rakyat Jepun dan tentulah bagi pelancong dan pengembara adalah dengan menggunakan keretapi/train. Kalau tengok peta satu daerah/prefacture saja cukuplah memeningkan dengan begitu banyak jenis keretapi, monorail dan subway. Untuk itu, kami menggunakan satu aplikasi yang cukup mudah untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan di Jepun iaitu Hyperdia.

Apa Hyperdia ni? 

Ia adalah satu tools/ aplikasi yang memberitahu kita cara pengangkutan terbaik untuk sampai ke satu-satu destinasi di Jepun. Hyperdia juga bagitau jadual pengangkutan dengan tepat dan terkini, harga seat dan juga tempat pertukaran stesen. Ohya, Hyperdia juga memaklumkan masa sampai ke destinasi. Ia sangat-sangat membantu bagi pelancong macam kami yang tak gunakan khidmat pemandu pelancong.
Tu dia icon Hyperdia ni, belah kanan atas tu. Apss ni dalam handphome cuma boleh download masa di Jepun saja. jadi sampai je di airport, macam kami turun di Narita airport, terus pakai wifi airport dan download apps ni.

Kalau di Malaysia, atau taknak download apps free hyperdia ni, boleh je direct ke website dia http://www.hyperdia.com/


Cara Guna Hyperdia.

Secara umumnya, cara nak guna Hyperdia sangat mudah.

1) Klik apss hyperdia atau buka page of http://www.hyperdia.com/.


2) Letak nama station depart & destination.(mana nak tau nama station? taip je nama destinasi nanti dia bagi pilihan)


3) Time : Time akan follow automatic computer clock, boleh key in mengikut jadual anda. AGak-agak la jadual anda nak pegi pukul berapa.

4) Boleh click search
 - bila anda click search, Hyperdia automatic search the best, fastest availability. not cheapest.

Ni result kalau guna dari laman web terus bukan guna apps.

5) Kalau anda pengguna JR pass, nak naik JR train je kan..boleh untick yang tak patut seperti;
  • unclick Airplane
  • unclick Airport shuttle bus
  • unclick Nozomi/Mizuho/Hayabusa(Shinkansen) pengguna JR pass takboleh naik shinkanshen jenis ni
  • unclick private railways
Bila tekan search, Hyperdia akan keluarkan hanya untuk JR Train + boleh menggunakan JR Pass.

cam ni rupanya kalau dari apps di handphone

6) Result akan keluar at least 5 Route, biasanya kita akan Refer route 1. Selalu yang tercepat, tapi tengok juga pilihan lain tau.
Tengok juga harga yang dipaparkan bagi setiap pengangkutan.

Dont worry, kalau guna JR Pass cover semua ni, kecuali jenis shinkanshen nozomi dan green seat.

DEPARTURE TRACK / ARRIVAL TRACK

Station di Tokyo, Osaka, Kyoto mostly agak besar dan banyak platform. Nak refer dekat papan digital pon boleh, tapi selalu sangat crowded and penuh dengan bahasa jepun. Dekat sini Hyperdia permudahkan dengan tunjuk terus platform mana korang kena ambil.

 (Dia ada tulis Kyoto dep track no 12, tapi kalau shinkanshen kita cari no Hikari 508 tu. baca di board dia.)
 Yang kita faham cuma masa dan no car je kan? hee.. no car tu kalau kita amik reserved seat (shinkanshen atau Narita Express) Kita pastikan juga betul arah tujuan- papan ni tunjuk nak ke mana, contohnya ni nak ke Narita Airport. Maka betullah platform tu. Kalau masih was-was, tanya ja pada guard/pengawas train ni yang memang ada disekitar train. Diorang faham basic english. Heeee
Kebanyakan papan informasi train memang tulis Jepun. Pandai-pandaila kita nak agak-agak :)
Baru nak belajar cara beli tiket dekat mesin. Hee.. jangan risau tekan yang English. Mudah sket nak faham. Ikut arahan, pasti ok!



Nani cikgu update lagi ya..



Cikgu Jual Vitamin Shaklee tau, Kalau nak, meh 
whatsapp Call cikgu 019 271 0642

Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog