Tokyo Disneyland Pengalaman Best

Sambung semula pengalaman jalan-jalan Jepun Tanpa Travel Agen dan jalan-jalan di Tokyo Disneyland ni. Entry pertama jalan-jalan Tokyo Disneyland ada kat sini klik untuk baca tau. Ni sambungan cerita nak main permainan-permainan kat sini serta gambar-gambar yang mencengkam jiwa. Jemput baca sampai habis tau..


Kawasan Disneyland Tokyo ni sangatla besar. Tambahan dengan orang yang ramai macam ulat, berbekalkan map berbahasa Inggeris yang kami dapat masa awal tadi, kami decide nak pegi bahagian mana. Pening juga tengok map dan tak pasti mana arah tuju. Tips dia, pergi kat tempat yang orang tak beratur panjang sangat. Tapi kan, kalo orang tak beratur panjang, cam tak best kan game dia? Hentamla...

Apapun, amik gambar dulu..
Sedang tercari-cari arah manalah barisan diorang ni. Hee, nak tengok Monster Inc la konon.. Game atau show diorang ni best tau. Budak ke, makpak budak pon happy dan enjoy. Heeee

Buzz Lightyear, any one?


Orang Jepun ni sangat bagus bab beratur dan barisan tau. Rilek je diorang tunggu sambil makan-makan, minum dan sembang. Tau dak kami beratur untuk show ni selama 2 jam. Huhuhu..letih kaki berdiri tau.

 Selain daripada orang Jepun ni amat la pembersih, diorang ni suka pakai dan rilek je pakai baju stail pelik-pelik (pelik la bagi kita tak biasa). Comel kan diorang ni, pakai reben mickey mouse tu.heee



Masih dalam toon town, Melawat rumah Minnie Mouse. Kami redah je masuk mana barisan yang tak panjang. Hahahah, nak jumpa Mickey barisan ya ampun panjang bangat...So jumpa Minnie pon jadilah.
Ni dalam rumah Minnie. Kami posing semacam je..heeee


 Minnie Mouse punya peti ais. Pon boleh jadi nak gambar sini..

Apa yang best kat sini, masa kami pegi tengah cuaca baik. Sejuk-sejuk sepoi-sepoi bahasa, tak hujan tak panas. Sejuk dalam 15 darjah gitu. Pemandangan cantik sangat, sesuai nak hilangkan stress kita duduk-duduk habiskan masa macam pakcik dalam gambar tu.. He, mesti dia tunggu cucu dia ke main tu...

Kemudahan Yang Ada Di Dalam Tokyo Disneyland

Bilik Menyusu

Kat sini juga, ada beberapa bilik menyusu, bilik tukar diapers dan tandas khas kanak-kanak. Best tau. Masuk sini ada tukang jaga, attendan dia. Sangat bersih tau. Bau wangi dan tempat yang luas. Sangat selesa nak menyusu, tukar diapers dan mak nak masuk toilet sekali. Heeee

Gambar bilik menyusu, bilik tukar diapers dan toilet ibu dan anak. Tu si Fathi orang suruh posing dia main-main lak dengan kerusi tu.

Tempat makan Halal.

Pastinya di Tokyo Disneyland tiada makanan halal dikenal pasti. Tak tahulah kalau ada pulak kan yang kami tak tahu. apa yang kami buat, kami makan sekenyang-kenyangnya masa di rumah dan bawa bekal. Kami bawa roti dari Malaysia, air Milo kotak dan bancuh panas letak dalam termos, dan sebekas nasi goreng yang dimasak di apartmen. 

Orang kata beli je lah sushi ke, onigiri ke, yang seafood atau yang sayur je. Tapi bagi kami, tak berani ye...tak pasti sos ke seasoning jenis apa dia pakai. Selamat, bawa bekal. Heeee. Tak kena rampas pon. Makan jela di bangku-bangku tepi tempat rehat. Sejuk woo lapar je budak-budak ni. Orang tua bolehla tahan, budak? 

Sambung la pulak, ada gambar banyak sangat yang cantik nak share. Nak tak?

Ni cerita entry lepas camna kami boleh pergi Jepun sendiri tanpa Travel agen

Bagaimana kami guna apps Hyperdia nak jalan-jalan Jepun ni



Cikgu jual Vitamin Shaklee tau, supaya tak letih dan sihat sepanjang travel. Nak ke? 
019 2710642
Nak sembang-sembang? konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 
 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 
 ✌PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP. ✌COD SERATA KEDAH, KULIM, ALOR STAR DAN JITRA 
 ✌POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PON BOLEH
 iR Hani 858760 
 Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog