Tokyo Disneyland Pengalaman Menarik dan Mendukacitakan Part 1

Pergi Jepun dengan anak-anak kalau jalan-jalan tengok sakura je amatlah tidak menyeronokkan buat anak-anak. Jadi masa trip ni kami bawa anak-anak pergi jumpa karektor Mickey Mouse dan sedara-sedara dia dekat Disneyland Tokyo. Ini adalah pengalaman kali pertama kami yang dah tua ni melawat Disneyland dan juga pastilah yang pertama bagi anak-anak kami.



Apa dia Disneyland ni?

Tokyo Disneyland (東京ディズニーランド Tōkyō Dizunīrando?) ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar (465,000 m²) di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu, Wilayah Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo. Pintu utamanya bersebelahan sekali dengan Stesen Maihama dan Stesen Tokyo Disneyland. Inilah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka pada 15 April 1983. 
Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Tokyo Disneyland dan temannya Tokyo DisneySea, merupakan dua-duanya taman Disney yang bukan milik The Walt Disney Company. (sumber wikipedia)

Cara Nak Pergi Dari Tokyo

Mudah je nak pergi Disneyland ni, kami naik train JR dari Tokyo terus dalam 16 minit ke Station Maihama. Dari Station Maihama kena berjalan dalam 10 minit ke Disneyland ni. Ada monorail yang boleh masuk terus ke sana, Disney Resort Line nama dia, dia pusing keliling Disneyland, DIsneysea tu. Tiket cuma 260 yen satu pusingan, tapi kami sebab terlalu excited nak masuk, lupa plak naik train ni. Kalau dak boleh bergambar tengok Disneysea.
Gambar ni bukan kat pintu masuk lagi, tapi sebelah Ikspiari. Macam mall juga beli barangan Disney. Tak smepat nak jengok masuk sebab nak lari je rasa masuk dalam Disneyland tu (eh, ni mak ke yang excited?) Masa kami pergi ni suhu masih dalam 12-14 darjah celscius. Bila ada angin lagilah sejukkk. 

Tiket Masuk Disneyland

Mahal ke tiket masuk Disneyland Tokyo ni? Rata-rata harga tiket bagi Disneyland ni lebih kurang sama je kat mana-mana Disneyland. Tiket kami beli tempah dari Sunrise Travel di Malaysia lagi. Harga dewasa ialah 6,700 yen dalam rm211 gitu. Kanak-kanak 4 tahun sampai 11 tahun 4,200 yen. Kami bayar extra dalam rm15 sorang untuk cas perkhidmatan agen. (patutnya boleh je beli online sendiri, silap pulak). Harga selepas 1 April 2015 naik dah. Boleh rujuk Tiket Masuk Disneyland ni.

Tiket dah ada, maka kami pun beratur dan tunjukkan tiket ni. Orang kaunter scan barkod dan cek beg. Nasib baik tak selongkar makanan kami bawa. Heehehe, mestila bawa makanan tau, mana nak cekau makanan halal dalam tu. Ohya, sebelum keluar hotel makan kenyang-kenyang dulu tau. Bagi anak-anak makan sekenyang-kenyangnya juga untuk tenaga seharian. Sebelum tu buka map nak jalan kat mana dulu. Map boleh minta yang english version. Jangan amik yang Jepun ye? Download sini pun boleh Map Disneyland

Baru masuk Disneyland kalo tak posing tak sah kan? Macam orang gila asyik nak tangkap gambar je. SubhanaAllah, alhamdulillah cuaca sangat elok, dan sangat cantik! Rugi la kan kalau tak tangkap gambar? Tengok kiri kanan ramai orang sorong stroller yang sama, sebab si Fathi ni duduk dalam wrap je, kami amik keputusan nak sewa jugak stroller tu. Takdela lenguh sgt dukung budak ni kan? Sewa stroller 700 yen sehari. oklah tu.

 Pekerja diorang ni punyalah ramai. Diorang boleh cakap simple English tau. Jangan risau. Tanya je kalau tak tau :)


 Anak-anak berehat sekejap sementara tunggu mak dia buat urusan si kecik ni. Kawasan ni lepas je dari pintu masuk Disneyland. Belum masuk lagi :)


Taman apa yang ada di Disneyland Tokyo.



Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema yang saling melengkapi tetapi setiap satunya bergaya unik, iaitu: WorldBazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland,  Critter Country dan Mickey's Toontown

Taman ini dikenali kerana ruang terbuka yang amat luas untuk menampung keramaian pengunjung walaupun pada hari-hari kedatangan sederhana. Pada tahun 2007, Tokyo Disneyland dikunjungi kira-kira 13.9 juta pelawat, menjadikannya taman tema ketiga teramai pelawat di dunia, hanya mengekori taman-taman kembarnya di AS, iaitu Magic Kingdom dan Disneyland.
 Posing lagi depan statue pelukis Mickey Mouse tu kot. Si Faiz dah bosan si mama dan babah asyik nak amik gambo je T_T
Bus ni bawa kita jalan-jalan sekitar taman dalam sampai ke castle Cinderella ni. Rasa cute sangat rasa nak naik. Tapi sebab bawa stroller malas nak buka stroller maka kami jalan kaki lah.
Anak teruna ku, kemain lagi posing..
 
 Posing dari kejauhan Cinderella Castle. Cantik sangat. Rasa macam dalam mimpi jadi kenyataan. dari kecik kat dok tengok cerita Cinderella ni.
 Ramai sungguh manusia masa ni. Kebanyakkannya orang Jepun sendiri. Jarang kami jumpa tourist. Belum musim lagi ni kot.
 Jalan-jalan jumpa itik pulak kat sini. amboih.. manja je itik ni.
Yang bestnya permainan kat sini, mak pak boleh main sama. Takdelah anak-anak naik sendiri, kami pun naik sama. Ini Snow White Adventure permainan pertama kami main di Toon Town. Beratur nak naik permainan ni dalam satu jam setengah. Ha..ko ado?

Apa yang menarik dan tidak menarik di Disneyland Tokyo ni?

Akan dibincangkan dalam next entry boleh? ada banyak pasal Disneyland ni.. Nak tak? Kalau nak tahu tentang tips perjalanan sendiri-sendiri bawa anak ke Jepun ni klik la link ni tau. 



Ohya, akak jual vitamin Shaklee. Vitamin ni hari-hari akak makan beri tenaga semasa kat sana. Alhamdulillah dengan izin Allah trip kali ni kami anak beranak sihat waalafiat, tak selsema dan batuk walau sejukkk.

Nak Shaklee? 019 271 0642


Nak sembang-sembang? 
konsultasi? 
 1. PM page vitamincikgu di https://www.facebook.com/messages/vitamincikgu 2. PM personal page saya, Anis Hani ( Cikgu Hani Shaklee) https://www.facebook.com/hanicikguvitamin 
 3. Call/SMS/WhatsApp saya di 019- 271 0642 Cikgu Hani Shaklee Independent Distributor [858760] 
 4. Email hanijalani@gmail.com. PM untuk harga super bajet dari vitamincikgu sahaja! 
Khas untuk 10 terawal. ≧◠◡◠≦ jom jadi ahli dengan Team cikgu MIG klik sini 

Artikel Sangat Berguna

Arkib Blog